KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 25 September 2010

Tiga pasukan selesa


Oleh Lokman Zainal Abidin
lockman@nstp.com.my Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
2010/09/25
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

WALAUPUN saingan Piala Malaysia baru setakat melepasi pusingan pertama peringkat kumpulan, tiga skuad Liga Super iaitu Selangor, Kelantan serta Negeri Sembilan sudah mula diramal sebagai pasukan yang mampu menjulang piala paling berprestij itu.

Bekas pemain kebangsaan, Reduan Abdullah membuat ramalan itu selepas beliau menyaksikan serta meneliti aksi yang dipersembahkan oleh ketiga-tiga pasukan berkenaan sepanjang saingan pusingan pertama peringkat kumpulan yang tamat 20 September lalu.


“Memang banyak lagi kelemahan yang ada pada semua pasukan termasuk ketiga-tiga pasukan berkenaan tetapi saya yakin pusingan kedua nanti, mereka akan bangkit mempamerkan aksi yang lebih mantap lagi.


“Persiapan mereka untuk menghadapi pusingan pertama Piala Malaysia sedikit terjejas berikutan bulan puasa dan justeru, pemain seolah-olah tidak begitu cergas dan kelihatan masih lagi berkarat,” kata Reduan yang mengendalikan skuad Pulau Pinang, musim ini.


Bagi Reduan, di antara ketiga-tiga pasukan pilihan itu, beliau menaruh keyakinan tinggi bahawa juara Liga Super, Selangor akan melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan jika semuanya berjalan seperti yang dirancang, tidak mustahil skuad bimbingan ketua jurulatih K Devan itu muncul juara buat kali ke-33 dalam sejarah pertandingan berkenaan.


“Selangor mempunyai kekuatan di setiap posisi. Memang tidak boleh dinafikan bahawa Selangor benar-benar mantap tahun ini. Mereka membariskan pemain yang berpengalaman serta terkenal di persada bola sepak negara. Itu kelebihan mereka dan saya lihat memang sukar bagi pasukan lain untuk menewaskan Selangor.


“Bagaimanapun, sepanjang saingan pusingan pertama, saya lihat benteng pertahanan Selangor agak rapuh dan saya bersetuju dengan pandangan Devan yang mengatakan pemain di posisi itu cepat leka. Mereka melepaskan gol mudah kepada lawan. Tahap kecergasan pemain Selangor juga masih belum mantap.


“Tempoh rehat hingga 2 Oktober ini pastinya digunakan sebaik mungkin oleh Devan untuk memperbaiki tahap kecergasan dan memantapkan benteng pertahanan mereka,” katanya.


Kelantan pula mempamer kekuatan yang agak mengejutkan sepanjang musim ini dan faktor itulah yang membuatkan skuad Wira Merah itu perlu diberikan perhatian menjelang saingan pusingan kedua yang bermula 3 Oktober ini.


“Saya yakin sedikit kelembapan yang ditunjukkan Kelantan pada pusingan pertama adalah disebabkan persiapan mereka yang tidak begitu lancar. Kekalahan kepada Negeri Sembilan di tempat sendiri pada perlawanan pembuka tirai lalu adalah sesuatu yang boleh dianggap pelik kerana Kelantan adalah pasukan yang cukup kebal apabila bermain di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV.


“Bagaimanapun, saya yakin Kelantan akan kembali mengganas sebaik pusingan kedua nanti dan itulah yang saya harapkan kerana senario begitu akan merancakkan saingan bola sepak kita,” katanya.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular