KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 25 September 2010

Mentaliti Pemain dan Pengurusan KAFA
Belum Bertaraf Eropah



Impian yang ditaburkan kepada peminat selepas setahun perubahan besar-besaran dalam pengurusan pasukan Sang Kijang mula memakan diri Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Pada awal tahun lalu sewaktu majlis memperkenalkan pemain kepada penyokong dan pihak media, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa telah mencanangkan kepada semua bahawa kini skuad Kelantan akan bertaraf eropah pada pengurusan dan gaya permainan.

Diulangi lagi pada setiap majlis melibatkan Red Warriors, setiap kali juga diberikan kepada penyokong setia betapa kemampuan KAFA melaksanakan transformasi adalah untuk mencapai impian menjadi persatuan yang bertaraf eropah.

Namun kini, selepas peminat mula merubah pemikiran mereka menjadi gaya eropah seperti berbicara tentang perpindahan pemain, pengurusan profesional skuad Kelantan dari segala segi termasuk kafe, merchendise, persatuan dan akademi, penjualan tiket, KAFA mula tertekan dengan tekanan yang diberikan penyokong.

Mengapa?

Sedangkan sudah dihebohkan Kelantan telah memasuki era profesional bertaraf kelab eropah. Namun malangnya, penyokong, peminat, pemilik media pula dipersalahkan dengan tekanan yang melanda sesetengah pemain dan pihak pengurusan.

Ini menunjukkan bahawa gaya Kelantan masih lagi bertaraf Malaysia, gagal menerima pembaharuan walau penyokong sudah mendambakan lebih dari apa yang mampu diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Cik Siti Wan Kembang.

Hanya Tan Sri Annuar Musa masih mempunyai mentaliti bertaraf dunia tetapi pihak pengurusan, pemain dan yang mempunyai kaitan lain masih lagi kekal di takuk lama.

Tidak boeh disalahkan kerana itulah gaya bola sepak negara. Impian yang sudah lama ditaburkan tetap gagal memberikan kesan mujarab selain kehadiran penyokong yang bertambah dari perlawanan ke perlawananan tetapi hampa dengan karenah tidak seperti yang diharapkan.

Perubahan yang diimpikan tetap menjadi impian yang terkubur. Jangan diharapkan untuk berubah andai sikap kita tetap kekal dengan mentaliti lama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular