KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 22 September 2010

Dua Slot Jadi Rebutan.


Berdasarkan tiga perlawanan yang dilalui setiap pasukan dalam Kumpulan A, perebutan dua slot ke suku akhir masih lagi terbuka.

Negeri Sembilan, Kelantan, PKNS dan KL Plus masih lagi berpeluang besar melepaskan diri ke saingan kalah mati setelah perlawanan pusingan pertama berakhir, kelmarin.

Skuad Jang terus kekal selesa di persada kumpulan setelah mencatat dua kemenangan dan satu kali seri untuk memungut tujuh mata manakala pencabar terdekat, Kelantan hanya mampu memungut empat mata hasil satu kemenangan, satu kali seri dan sekali kalah.

PKNS Fc pula menepis ramalan awal bahawa kehadiran mereka hanya untuk melengkapkan saingan kumpulan apabila mengutip tiga mata setelah mencatatkan satu kemenangan pada perlawanan pertama. KL Plus turut berpeluang ke suku akhir apabila mengutip dua mata penting ketika mengikat Negeri Sembilan dan Kelantan di tempat lawan.

Melihat kepada saingan kumpulan, keempat-empat pasukan menampilkan aksi sederhana dimana tiada pasukan yang mampu menunjukkan aksi terbaik mereka.

Malah, corak permainan yang ditunjukkan kesemua pasukan dalam kumpulan A masih lagi tidak konsisten terutamanya Kelantan dan Negeri Sembilan.

Masih ada tiga perlawanan untuk dilalui dan kesemua pasukan perlu segera membaiki kelemahan yang ada. Cuti rehat dua minggu memberi ruang buat semua pasukan mempersiapkan mental dan taktikal seterusnya menjadi antara pasukan yang layak ke suku akhir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular