KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 22 September 2010

Mencari Wira atau Membawa Petualang




Skuad Kelantan 2010 dilabelkan antara pasukan terbaik pernah diadun oleh sesebuah persatuan negeri seperti laporan media, bloggers dan laman web bola sepak Malaysia.

Namun sehingga kini, pembelian besar nama-nama bintang negara kedalam skuad Kelantan masih belum membuahkan hasil lumayan kecuali menduduki tangga kedua saingan Liga Super.

Untuk catatan, Th Red Warriors dilihat lebih mengancam pada musim lepas dimana dengan kehadiran hanya empat nama besar digarap bersama pemain anak Kelantan, mereka mampu menduduki naib johan Piala FA dan Piala Malaysia.

Kehadiran Syed Adney, Hairudin Omar, Norshahrul Idlan, S. Chanturu, Azizi Mat Rose, Akmal Rizal, Indra Putra, Norfarhan dan kembalinya Shakir Shaari serta Daudsu Jamaludin sepatutnya memberikan pulangan berbaloi, tetapi kini?

Sesetengah dari pemain ini dianggap wira Sang Kijang dan sesetengah lagi dianggap petualang yang menyerlahkan pembaziran Persatuan Bola Sepak Kelantan membawa masuk nama-nama ini ke dalam pasukan.

Benar kata presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa betapa skuad yang ingin berjaya dalam setiap liga memerlukan tenaga luar untuk diadun dengan pemain tempatan.

Tetapi, mengapa dengan pembelian luar biasa, Sang Kijang masih lagi terumbang ambing untuk mencatatkan kemenangan dalam setiap perlawanan yang dilalui.

Tidak dinafikan kalah menang merupakan adat resmi dalam setiap perlawanan bola sepak namun sedar atau tidak bahawa kebanyakan pasukan yang berbelanja besar sebelum ini sudah mendapat impak dari penambahan tenaga luar.

Kecuali Kelantan yang masih belum memegang sebarang takhta utama, skuad MPPJ Selangor sebelum dibubarkan mampu memungut satu kejuaraan utama manakala pasukan lain seperti Selangor, Kedah dan Perlis mengekalkan tradisi mereka antara pasukan yang menjulang kejuaraan selepas mengontrak beberapa pemain terbaik.

Dimana silapnya skuad Kelantan? Dibarisi bekas pemain kebangsaan selain turut disertai pemain sedang menyinar di peringkat kebangsaan, mereka gagal sama sekali untuk memberi saingan bermakna.

Benarkah kata sesetengah penyokong. Kita mencari Sang Wira namun yang ditemui hanya petualang.

Sama-sama kita tunggu dan lihat bagaimana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular