KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 4 September 2010

Kelantan Garang.





Kelantan menampilkan aksi kemas dalam rangka persiapan Piala Malaysia apabila garang membenam T-Team 4-0 di Stadium Sultan Ismail Nasharudin Shah, malam tadi.


Empat gol jaringan Hairudin Omar, Indra Putra Mahayudin, Nidzad Ayub dan Mohd Badri Radzi sudah cukup untuk Kelantan pulang senyum riang walaupun pertembungan ini hanya berstatus perlawanan persahabatan.


Kelantan mendahului 2-0 pada babak pertama apabila Hairudin dan Indra menjaringkan gol pendahuluan sebelum Nidzad Ayub dan Badri Radzi melengkapkan perlawanan dengan dua lagi jaringan pada babak kedua.


Selepas ini, Kelantan akan mengadakan perlawanan persahabatan terakhir menentang Felda United yang juga pasukan Juara Liga Perdana 2010 di Stadium Sultan Muhamad ke-IV, Kota Bharu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular