Lupakan Kekalahan Lalu – Azman
Khidmat Mohd Norfarhan Muhammad (kiri) terpaksa diketepikan pada perlawanan menentang Selangor PKNS FC kerana mengalami kecederaan.
KOTA BHARU – Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim menyifatkan nasib tidak menyebelahi pasukan Kelantan rentetan kekalahan tipis 0-1 ditangan Negeri Sembilan dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan TM Piala Malaysia malam semalam.
“Secara keseluruhannya memang saya tidak berpuas hati dengan persembahan keseluruhan pemain Kelantan. Mungkin faktor nasib tidak menyebelahi kita dalam perlawanan itu. Jelas para pemain Kelantan bermain dibawah tahap keupayaan sebenar,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.
“Para pemain perlu melupakan episod kekalahan tempohari. Mereka perlu bangkit mempamerkan prestasi yang bertenaga dan rasanya untuk kita melakukan rombakan besar-besar sememangnya tidak wajar kerana inilah barisan terbaik yang membawa kita muncul juara liga yang lalu.
“Negeri Sembilan sememangnya bermain untuk mendapatkan keputusan seri dan mereka bijak memanfaatkan satu-satunya peluang yang terhidang apabila memperolehi jaringan menerusi sepakan penalti,” katanya.
Azman Ibrahim
Menurut Azman, khidmat pemain tengah Mohd Norfarhan Muhammad mungkin terpaksa disisihkan kerana mengalami kecederaan pada perlawanan malam semalam dan tempat beliau mungkin diisi oleh S Chanturu.
“Kelantan tidak boleh tercicir mata untuk perlawanan akan datang dan saya berharap para pemain Kelantan bangkit mencatatkan kemenangan dalam pertemuan menentang Selangor PKNS FC pada Jumaat ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan ketika dihubungi berkata, beliau turut kecewa dengan kekalahan pertama Kelantan dalam saingan kempen Piala Malaysia musim ini.
“Kita tidak bermain secara berpasukan, malahan pemain dilihat lebih bermain secara individu. Mereka jelas kurang disiplin diatas padang sehingga mengakibatkan kita terhukum dengan jaringan tunggal pasukan pelawat.
“Tentang keputusan penalti itu, saya enggan komen kerana itu bukan yang perlu kita pertikaikan. Cuma bagaimana cara kita untuk bermain perangkap ofsaid yang perlu diperbaiki. Perangkap ofsaid yang dilakukan oleh pemain kita tidak menjadi.
“Apa yang saya harapkan, mereka perlu mendisiplinkan diri dan mengelakkan daripada dibolosi. Pemain saya perlu kembali menunjukkan corak permainan yang sebenar dalam perlawanan akan datang.
Menurut Sathianathan, beliau berpuas hati dengan persembahan penjaga gol, Syed Adney Syed Hussien yang disifatkan beraksi dengan cemerlang pada perlawanan itu.
“Khairul Fahmi (Che Mat) yang mengalami sakit leher sebelum ini perlu bersaing dengan dengan Syed Adney (Syed Hussien) bagi merebut kembali posisi penjaga gol utama Kelantan,” katanya.
LESEN
Jumaat, 17 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Para penyokong bersabar dahulu.Gambar dibawah ini bukanlah gambar Official jersi Kelantan musim 2013 namun kemungkinan ianya direka send...
-
Syed Adney Wira The Red Warriors Syed Adney dijulang sebagai wira The Red Warriors apabila beliau berjaya menafikan sepakan penalti pada m...
-
Peluang Kelantan Uji Barisan Utama Harimau Muda A emel Share 5 Rekod perlawanan persahabatan Kelantan bertemu Harimau Muda pada 27/12/...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan