KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 22 September 2010

Pemain Kelantan Hilang Fokus



Pemain Kelantan dilihat hilang fokus pada perlawanan menyebabkan peluang mencapai kemenangan dalam perlawanan terakhir pusingan pertama Piala Malaysia terbuang begitu sahaja.

Selepas selesa mendahului tiga gol hasil jaringan Indra Putra Mahayudin dan Akmal Rizal, skuad Kelantan memperlahankan rentak menyebabkan pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan.

Ketua jurulatih Kelantan dilihat terkedu setelah Zaidi Ahmad menyamakan kedudukan pada saat akhir membolehkan KL Plus pulang ceria dengan satu mata.

Keputusan tersebut mengecewakan ribuan peminat setia Sang Kijang kerana perlawanan yang sepatutnya membawa kemenangan kedua dari tiga perlawanan terlepas.

Hakikatnya, pemain Red Warriors mengalami tekanan perlawanan selepas dilabel pasukan pilihan dalam kancah Piala Malaysia.

Walau dibarisi pemain bintang dan berpengalaman, mereka tidak dapat memberi tumpuan 100% kepada perlawananan sehingga dapat dikejar pasukan pelawat.

Semua jaringan gol yang dilakukan KL Plus dilakukan hasil kealpaan barisan depan yang dilihat banyak membazirkan bola selain melakukan beberapa gerakan tidak menjadi.

Pemain pertahanan dan penjaga gol tidak boleh disalahkan sepenuhnya kerana mereka dilihat bertungkus lumus mempertahankan pintu gol apabila diserang balas Highway Warriors.

Ketika pasukan lain semakin menunjukkan peningkatan, skuad Kelantan dilihat terumbang ambing untuk melepasi setiap satu perlawanan.

Prestasi tidak menentu pemain selain kekurangan motivasi mungkin menyebabkan pemain tidak dapat memberi yang terbaik kepada satu-satu perlawanan.

Satu post mortem segera perlu dilakukan pihak pengurusan seandainya tidak mahu tersingkir seawal pusingan pertama pada kejohanan kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular