KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 22 September 2010

Kelantan Gundah di Laman Sendiri

emel

Kota Bharu, 20 September 2010 - Kelantan terpaksa meratapi kehilangan dua mata berharga di hadapan kira-kira 20,000 penyokong setia The Red Warriors apabila melepaskan dua gol dalam masa dua minit masa tambahan. Anak buah B Sathianathan seolah-olah dibuai mimpi kemenangan awal sehingga melepaskan dua gol gara-gara hilang fokus di minit-minit akhir. Kehilangan dua mata berharga di depan penyokong sendiri memberi tamparan hebat kepada pasukan The Red Warriors sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan penyokong yang mebanjiri stadium.

KL Plus terlebih dulu mengejutkan tuan rumah Kelantan hasil kelam kabut di depan pintu gol Kelantan. Jaringan KL Plus ternyata tidak mematahkan semangat pemain Kelantan yang bangkit melakukan serangan bertali arus ke kubu KL Plus. Hasilnya Kelantan meperoleh sepakan penalti namun sepakan yang diambil Norshahrul Idlan Talaha berjaya ditepis penjaga gol KL Plus, Faizal Rashid. Dalam usaha kelam kabut KL plus mengeluarkan bola dari kawasan gol, berlaku sedikit kekasaran dan hasilnya Kelantan mendapat sepakan percuma. Indra Putra yang mengambil sepakan tersebut tidak mensia-siakan peluang apabila bola lencongan ke sebelah kanan pintu gol KL Plus menerjah jaring menewaskan Faizal Rashid di pintu gol KL plus.

Selepas mendapat gol penyamaan , raigkaian serangan pasukan Kelantan, yang diketuai oleh Norshahrul Idalan Talaha, melakukan serangan "menggila" kearah pintu gol KL Plus, namun tiada gol berjaya dihasilkan. Tamat separuh masa pertama, Kelantan 0-0 KL Plus.

Bermula separuh masa kedua, Kelantan terus memburu gol. Serangan demi serangan melalui larian S Chanthuru di sebelah kiri dan Indra di sebelah kanan cukup menekan KL Plus namun ketiadaan penyudah yg berkesan membuatkan Kelantan berputih mata. Akhirnya, B Sathianthan terpaksa membuat pertukaran dengan mengeluarkan Khairan Eroza yang dilihat sudah kepenatan bagi memasukkan Badri Radzi. Ternyata kemasukan beliau membuahkan hasil kerana tidak sampai seminit beliau dimasukkan, hantaran lintangnya gagal ditangkap kemas Faizal Rashid dan berjaya ditanduk masuk oleh kapten pasukan, Indra Putra Mahyudin. Sekali lagi Badri Radzi menujukkan aksi cemerlang apabila hantaran lingtangnya berjaya ditanduk kemas Akmal Rizal untuk Kelantan selesa medahului 3-1.

Kelantan yang mendahui 3-1 seolah-olah dibuai mimpi kemenangan. Penyokong yang bersiap sedia untuk meraikan kemenangan pasukan seolah-olah terpaku apabila KL Plus berjaya menyamakan kedudukan melalui dua gol pantas pada minit ke 90 dan 91. Tangisan air mata mengiringi pemain dan penyokong tatkala peluang keemasan mengutip tiga mata penuh di gelanggang sendiri musnah disaat akhir. Perlawanan berkesudahan seri 3-3. The Red Warriors gundah di laman sendiri.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular