KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 17 September 2010

Penyokong Perlu Lebih Bertamadun


Mahukah kita penyokong, hukuman akibat insiden di Kota Bharu dan Bukit Jalil berulang kembali.


Para penyokong Kelantan yang hadir ke stadium menyaksikan perlawanan Red Warriors diminta segera menghentikan tindakan bodoh yang boleh membahayakan nyawa penonton lain.

Tindakan melontar objek, botol minuman dan mercun kedalam kawasan perlawanan bukan sahaja menganggu konsentrasi pemain malahan mendatangkan mudarat kepada peminat setia yang membanjiri tempat duduk.

Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang cuba melakukan tindakan tersebut kerana Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sudah muak memberi nasihat berulang kali kepada semua peminat.

Baru-baru ini di arena sendiri, tindakan individu melontar mercun kedalam padang telah mengenai pemain sayap sendiri, S. Chanturu. Tindakan ini telah merosakkan mood pemain pasukan Kijang yang sedang penat lelah berjuang diatas padang untuk memberikan sesuatu buat semua yang hadir.

Mengapa perlakuan tidak bertamadun ini semakin menjadi-jadi. Salurkan ketidak puasan hati anda dengan cara yang betul, bukan dengan melakukan perkara yang mendatangkan mudarat buat pemain dan penyokong lain.

Jadikan hukuman kepada mereka yang membawa mercun kedalam stadium seperti dilaporkan di dada akhbar sebagai pengajaran berguna.

Jangan kerana hawa nafsu tidak sabar merosakkan nama keseluruhan penyokong yang hadir. Ada yang hadir untuk menyaksikan perlawanan Kelantan bukan untuk menyaksikan perlakuan semacam haiwan dari peminat yang bodoh sombong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular