KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 16 September 2010

Kelantan Bakal Kehilangan Norfarhan

Norfarhan mengalami kecederaan lutut setelah diterjah keras pemain Negeri Sembilan, Idris Karim


Skuad Kelantan menerima khabar duka apabila bakal kehilangan seorang pemain tonggak untuk beberapa perlawanan akibat masalah kecederaan.

Menurut pengurus pasukan, Azman Ibrahim yang ditemui pada majlis rumah terbuka beliau, petang tadi, khidmat Norfarhan Mohamed terpaksa dilupakan seketika kerana mendapat kecederaan teruk pada bahagian lutut.

Dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan, Norfarhan telah mengalami kecederaan setelah dibentes Idris Karim sebelum digantikan dengan S.Chanturu pada babak kedua perlawanan.

Norfarhan mempamerkan persembahan baik namun malang menimpa setelah dikasari oleh pemain lawan menyebabkan pihak pengurusan terpaksa mengeluarkannya bagi mengelakkan dari mengalami kecederaan lebih serius, jelas Azman.

Kemungkinan besar Norfarhan akan terlepas aksi menentang PKNS Selangor serta KL Plus. Dia dijangka kembali beraksi semula bersama Kelantan pada pusingan kedua Piala Malaysia nanti.

Dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan, Kelantan tumpas 0-1 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular