KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 30 September 2010

Lambat Weh Bola Ni!!


Penyokong Sejati Ketika Menang?
Perlawanan pembukaan pusingan kedua saingan ini, bakal menjadi penentu hasrat dan harapan mendengar gelombang sorakan The Red Warriors masih dapat didengari di gelanggang akhir piala Malaysia nanti atau tersungkur awal. Harapan tinggi yang diletakkan oleh peminat terhadap pemain telah memberi tekanan yang cukup kuat kepada barisan penggempur utama The Red Warriors bagi membuktikan keyakinan peminat sebenarnya berbaloi-baloi.

Setiap sen yang dikeluarkan mereka akan dihitung dan dikecohkan sekiranya pemain The Red Warriors beraksi seri atau kalah dalam keadaan permainan yang hambar dan membosankan tetapi akan senyum lebar sekiranya kemenangan yang dihadiahkan. Sememangnya diakui sukar untuk mengikut rentak sokongan penyokong kelab-kelab eropah yang akan bertepuk tangan beramai-ramai meraikan pemain setelah tamat perlawanan dalam keputusan kalah atau seri.Namun tidak berat rasanya, sekiranya skuad The Red Warriors berjaya memberikan kemenangan kepada peminat dalam sesuatu perlawanan, semua penyokong bangun berdiri memberi tepukan gemuruh dan sokongan padu kepada barisan jentera The Red Warriors yang beraksi ketika mereka menuju ke bilik persalinan sekaligus memberi lebih sokongan moral kepada mereka. Malah sekiranya kalah atau seri cukuplah sekadar di 'boooo!' dan tidak perlulah dibaling botol, mercun dan sebagainya dihadiahkan kepada barisan pemain kita. Sikap ini sebenarnya boleh diubah sekiranya semua pihak dan kelab penyokong memainkan peranan mereka sebagai penyokong yang bijak.

Ulat Oh Ulat Tiket?
Teringat cerita rakan yang pernah tinggal lama di Manchester dulu, dia pernah menceritakan bagaimana liga Inggeris yang dianggap berprestij dan maju ini sebenarnya masih terdapat isu-isu seperti ulat tiket dan keganasan penyokong. Ketika berjalan dari stesen-stesen keretapi bawah tanah utama yang berhampiran dengan stadium utama pasukan yang berlawan, ulat-ulat tiket akan mula menjual tiket mereka dengan kadar mahal sepertimana yang berlaku di stadium Kota Bharu. Jika dianalisis isu ini ulat-ulat tiket ini sukar dihapuskan tetapi semua pihak boleh membantu mengurangkannya dengan cara memboikot tiket-tiket mereka.

Begitu juga dia pernah melalui pengalaman yang hampir sama, iaitu ketika perlawanan akhir 2009 berlangsung, tiket pada pukul 10 pagi hingga 7 petang dijual 200% daripada harga asal namun setelah ramai penyokong berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar dan merosakkan pagar, harga tiket dijual lebih murah daripada harga asal sehingga RM5. Ini bermakna salah satu faktor kenapa harga tiket boleh melambung apabila berlaku permintaan yang tinggi dan pintu stadium lambat dibuka. Stadium-stadium di eropah dalam membantu menangani masalah ulat ini, pihak pengurusan memberi kebenaran penyokong masuk lebih awal bagi menggelakkan berlaku insiden tolak-menolak dan barisan beratur yang panjang serta lama.

Ketika perlawanan menentang Negeri Sembilan 14 September lepas, pihak stadium gagal mengklasifikasikan perlawanan ini perlawanan penting yang mengakibatkan berlaku limpahan penyokong dan insiden tolak-menolak. Sekiranya pihak stadium di Malaysia segera mengklasifikasikan perlawanan penting, pihak stadium perlu membenarkan para penyokong masuk awal dengan pemeriksaan yang ketat. Boikot penjual tiket haram ini antara cadangan terbaik yang perlu diusahakan bersama-sama.

Perlawanan Penentu
Ramai pemerhati bolasepak menjangkakan perlawanan pusingan kedua bakal menyaksikan kebangkitan skuad The Red Warriors. Malah secara jujur Bekas pemain kebangsaan, Reduan Abdullah yang kini mengendalikan skuad Pulau Pinang masih meletakkan keyakinan pasukan Kelantan antara pasukan yang akan membawa pulang tropi piala Malaysia. Tidak kurang juga sudah ada penyokong yang sinis menyatakan pasukan Kelantan tidak layak ke pusingan yang seterusnya. Walau apa pun tanggapan penyokong, perlawanan 3 Oktober ini mesti dihadiri oleh seluruh rakyat Kelantan yang berkesempatan menyaksikan perlawanan ini, kita jadikan stadium Paroi bayangan stadium Kota Bharu buat peminat Negeri Sembilan. Tahniah dan terima kasih kepada semua kelab penyokong yang sedang menyusun barisan ahli kelab penyokong untuk berkonvoi ke Paroi. Ayuh Kita meriahkan perlawanan ini! Kembalikan sokongan jitu anda semua! Gomo Kelate Gomo kembali bergegar di Paroi.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular