Siapa No 1 ? | ||
|
Menjelang perlawanan menentang KL Plus di laman sendiri, jurulatih Kelantan B Sathianathan sudah pasti mahu menamakan pemain terbaik untuk kesebelasan utama pasukan. B Sathianthan ternyata mempunyai banyak pilihan untuk diletakkan dalam kesebelasan utama dengan barisan bintang yang ada. Cuma yang mejadi persoalan adalah keserasian kombinasi pemain dan keberkesanan corak permainan yang memainnkan peranan yang berbeza. Di posisi penjaga gol, merupakan posisi yang paling panas pada musim ini yang menjadi rebutan antara Syed Adney dan juga Khairil Fahmi. B Sathianathan dilihat cukup berpuas hati dengan prestasi kedua-dua penjaga gawang utama pasukan The Red Warriors itu. Khairul Fahmi merupakan penjaga gol kebangsaan ketika ini dan prestasi beliau tidak boleh dipertikaikan lagi. Aksi cemerlang Khairul Fahmi sepanjang musim selepas mengambil alih tugas penjaga gawang utama dari Syed Adney cukup dipuji. Beliau dilihat jarang sekali melakukan kesilapan-kesilapan mudah. Berbanding pula dengan Syed Adney, aksi cemerlang beliau sedikit terjejas akibat kesilapan beliau "menghadiahkan" gol kemenangan kepada pasukan Kedah ketika aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Peristiwa hitam itu cukup diingati oleh peminat setia The Red Warriors dan sejak hari itu, Syed Adney dicemuh dan dikritik penyokong sendiri. Selepas dari hari itu, beliau sering memanaskan bangku simpanan dan tugas sebagai penjaga gol utama pasukan digalas Khairul Fahmi. Beraksi di laman sendiri merupakan satu tekanan yang besar kepada penjaga gol kelahiran Liverpool itu dan beliau sendiri pernah mengakui lebih selesa beraksi di gelanggang lawan. Namun, pada perlawanan lepas ketika menentang PKNS, Syed Adney dijulang sebagai wira pasukan kerana menghadiahkan dua mata berharga kepada pasukan selepas beliau berjaya menyelamatkan sepakan penalti minit akhir dalam perlawanan yang penuh dramatik itu. Jika Syed Adney tidak menyelamatkan penalti tersebut, sudah tentu Kelantan akan hilang dua mata dari tiga mata yang sepatutnya dimenangi. Sejak dari malam itu, tiada lagi "bunyi bising" dari penyokong sering mengkritik Syed Adney di laman sosial Facebook mahupun Chat Box malah segala kritikan dan tomahan sebelum ini bertukar menjadi kata pujian yang melambung. Diharap, kata pujian dari peminat dapat membakar semangat dan keyakinan Syed Adney untuk bermain dengan lebih cemerlang dan tidak lalai atau leka dibuai pujian. Siapa pun pilihan B Sathianathan untuk mengisi posisi penjaga gol pada malam ini, pemain yang diturunkan itu sudah pasti mahu memberikan persembahan yang cemerlang. Bermain dihadapan kira-kira 20,000 penyokong merupakan satu tugas yang berat bagi memastikan gawang tidak dibolosi, namun diharap sorakan dan laungan GOMO KELATE GOMO mampu membakar semangat pemain itu sendiri dan bukan tenggelam di arena sendiri. Selamat maju jaya untuk Syed Adney & Khairul Fahmi. Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan