KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 4 Januari 2011

Temubual Eksklusif SokerLeaks Bersama Khairul Fahmi Che Mat


Gua dapat assignment daripada boss SokerLeaks untuk buat temubual dengan pemain panas Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat. Dengan menggunakan kabel bawah tanah yang ada, gua berjaya dapatkan nombor henpon beliau. Tanpa ragu-ragu gua sms Khairul Fahmi Che Mat untuk buat temujanji. SMS dibalas selepas 30 saat. Sungguh pantas! Beliau bersetuju untuk ditemubual oleh gua dan kami menetapkan tarikh mengikut persetujuan beliau. Ikuti temubual bersama Khairul Fahmi Che Mat eksklusif untuk semua pembaca SokerLeaks.

SokerLeaks: Apa khabar lu sekarang? Masih berada di awang-awangan atau dah stabil?
Khairul Fahmi: Alhamdulillah gua sihat. Sekarang masih dalam mood teruja dan gua tak tahu bila nak habis feel ni. Tapi menang AFF Piala Suzuki hari tu memang paling pure dia punya feel.

SokerLeaks: Ok, sebelum gua teruskan, lu nak gua cakap KL ke nok kawe kecek Kelate?
Khairul Fahmi: Cakap KL pun gua takde hal tapi kalu demo reti kecek Kelate koho molek, sedak sikik. (Cakap KL pun gua takde hal tapi kalau lu reti cakap loghat Kelantan lagi syok)

Untuk memudahkan pemahaman lu orang seme, gua translate temubual dalam loghat Kelate tersebut ke cakap KL! KL y'all!

SokerLeaks: Ok, soalan intro. Macam mana lu boleh berkenalan dengan cik Jejari Runcing?
Khairul Fahmi: Gewe gua orang KL kalau nak tahu, urban bro. Le ni stadi kat Kelantan dan kami saling mengenali beberapa tahun sudah melalui kawan. Sekarang hubungan gua dengan dia dah masuk 1 tahun 4 bulan 3 minggu. 143 beb! Maksud dia I Love You! Hehehe..

SokerLeaks: Sape mengorat sape?
Khairul Fahmi: Gua yang mengorat dia sebab gua rasa dia punya love kat gua memang true. Masa takde sorang pun orang luar yang kenal gua sebagai pemain bola sepak, dia dah kenal dan minat gua sebagai player bola. Daripada situ cinta gua dengan dia berputik dan berbuah. Ceewaaaah!

SokerLeaks: Eleh, makwe lu ada kat sebelah kemain lagi lu punya jawapan, nak jaga hati letteww! (kata gua sambil jelir lidah :D)
Khairul Fahmi: Eh, tak la. Semua jawapan gua tadi memang true dari lubuk hati gua yang dalam. Gua profesional beb. Jawapan gua pun profesional. Cewaaahh lagi!

SokerLeaks: Ok lah kalau macam tu. So, BM dapat berapa masa SPM?
Khairul Fahmi: Dapat kredit.

SokerLeaks: Kredit tu berapa?
Khairul Fahmi: Entah, serius gua dah tak ingat. Tapi sebagai anak Melayu tulen, gua tak fail BM, ok la tu kan?

SokerLeaks: Ambik aliran sains ke sastera time SPM?
Khairul Fahmi: Erm..erm..rahsia.

SokerLeaks: Sebagai anak jati Kelate lu memang terer speaking kelate, macamana pulak cakap luar?
Khairul Fahmi: Cakap KL? Sikit-sikit tu boleh la.

SokerLeaks: Ha, cuba la cakap sikit.
Khairul Fahmi: Saye pandai cakap KL sebab makwe saye orang KL dan kawan-kawan saya ramai jugak dari KL, so its not a problem for me...well, you know me (jawab KFCM sambil mengangkat sedikit bahu dan menelengkan kepalanya sedikit ke kanan)

SokerLeaks: Perghh..mantap! Suka pergi clubbing?
Khairul Fahmi: Gua jawab pendek je, tak.

SokerLeaks: Ok, syukur. Itu gua suka. Penyanyi yang paling lu minat sape?
Khairul Fahmi: Amy Search, sebab suara dia meletop, true rocker! Dia pun member baik dengan tok guru kita, so lagi gua suka.

SokerLeaks: Apa pulak band pujaan lu?
Khairul Fahmi: Gua memang minat dengan Search, tak ada lain.

Sokerleaks: Lu minat Search sebab lu minat Amy?
Khairul Fahmi: Tak lah, gua minat Search sebab memang Search bagus, legend tu beb! Amy naik pun sebab Search, so memang gua true dengan Search.

SokerLeaks: Apa pendapat lu tentang kemerosotan Chelsea secara mendadak?
Khairul Fahmi: Gua tak follow sangat BPL, so gua tak tau nak komen. Gua harap, belilah player power-power dan mahal-mahal lagi. Kalau nak player murah tapi power, carilah kat Malaysia..keh keh keh.

SokerLeaks: Kalau pernah, ringan-ringan ke atau berat-berat?
Khairul Fahmi: Mu gilo ko gapo tanyo soale lagu ni? ( Apa gila tanya soalan macam ni?)

SokerLeaks: Mu nok jawak ko tok se? (Lu nak jawab ke tak ni?)
Khairul Fahmi: Ok, kawe jawak. Dok rajeng! (Ok, gua jawab. Tak pernah, tak pernah!)

SokerLeaks: Alhamdulillah, Sokerleaks tumpang bangga dengan taraf keterunaan lu. Keep it up bro! Erm, lu memang nak main posisi kiper ke?
Khairul Fahmi: Masa kecik dulu ada jugak try main posisi lain. Tapi bila dah serius main bola, sejak daripada sekolah rendah gua dah start main kiper sampai sekarang. Terima kasih buat semua coach yang pernah latih dan ajar gua selok-belok ilmu nak jadi kiper ni. Jasa diorang seme sampai bila-bila pun akan gua kenang.

SokerLeaks: Ok, soalan ni ramai juga nak tahu, suka tak sultan bola?
Khairul Fahmi: Mestilah sukaaaa. Banyak jasa dia kepada bola sepak negara. Sekarang ni Harimau Malaya naik balik pun atas usaha gigih dan kesabaran dia.

SokerLeaks: Ok cukup. AJL nanti lu harap sape menang?
Khairul Fahmi: Gua harap dan gua rasa Black akan menang, tak pun Faizal Tahir.

SokerLeaks: Lu minat dengan Black?
Khairul Fahmi: Minat gilerrr bro!

SokerLeaks: Rajagopal kalau marah selalu kuar ayat mencarut ape?
Khairul Fahmi: Rajagopal tak mencarut, dia marah macam biasa je.

SokerLeaks: Selalu kena tengking?
Khairul Fahmi: Kena tengking tu dah biasa sangat. Ni bukan game orang pondan stok tak boleh kena tengking. Kena tengking tu yang buat kami jadi kuat dan semangat.

SokerLeaks: Pagi-pagi dengar Hot FM ke Sinar FM?
Khairul Fahmi: Dua-dua gua dengar.

SokerLeaks: Aiseh! Jawapan jangan la nak diplomatik sangat bro.
Khairul Fahmi: Eh mana ada, memang gua dengar dua-dua, tukar-tukar channel.

SokerLeaks: Yela, yela, gua buat-buat percaya. Erm, sape striker kat Malaysia yg paling lu gerun?
Khairul Fahmi: Of course la Mat Yo (merujuk kepada Norshahrul Idlan Talaha).

SokerLeaks: Takkan sorang tu je?
Khairul Fahmi: Lagi sorang Indra, sebab shooting dia mantap.

Sokerleaks: Lu layan Raja Lawak?
Khairul Fahmi: Layan, apesal?

SokerLeaks: Apa harapan lu terhadap Raja Lawak musim baru?
Khairul Fahmi: Gua harap lawak musim baru nanti lagi bagus dan mantap daripada yang sebelum ni. Yang sebelum ni dah bagus dah, tapi kalu ada lagi bagus tu lagilah bagus. Apa kebenda yang aku cakap ni? Ah macam tu la, buat lawak-lawak lagi padu la.

SokerLeaks: Apa rahsia paha lu putih melepak? Ada pakai bedak sejuk kat paha sebelum tidur?
Khairul Fahmi: Kah kah kah! Paha ni melepak sejak azali, takde rahsia apa-apa. Tak caye, tanyalah bapak gua. Dia tengok paha gua dari kecik dulu lagi. Apa barang main bedak sejuk! Hahaha

SokerLeaks: Dulu lu rambut panjang macam Yakuza, kemain lagi tau! Erm, menyesal tak potong rambut?
Khairul Fahmi: Tak menyesal la, sebab masa gua botak kepala tu pun tahun 2009, masa tu sebab nak pergi umrah.

SokerLeaks: Oh, alhamdulillah, sejuk perut gua dengar.
Khairul Fahmi: Ada rezeki nanti insyaAllah gua nak naik haji pulak.

SokerLeaks: Alhamdulillah, sejuk perut gua dengar.
Khairul Fahmi: Dan kalau ada rezeki dan sampai jodoh, insyaAllah gua nak bina mesjid.

SokerLeaks: Alhamdulillah, sejuk perut gua dengar.
Khairul Fahmi: Hahaha, dari tadi sejuk perut, nak sejuk sangat letak ais batu la brader. Hahaha

Suasana hening seketika, cengkerik berlagu riang. Gua togok air mineral sejuk beberapa teguk.

SokerLeaks: Alhamdulillah, ini baru betul-betul sejuk perut gua. Ok, kita sambung, apa perancangan kerjaya lu dalam tempoh 5 tahun?
Khairul Fahmi: Kalau ada rezeki kelab luar negara panggil, gua memang nak main luar. Kalau dalam liga Malaysia setakat ni rasanya gua nak setia dengan Kelantan. Tapi tu la, semua bergantung pada keadaan.

SokerLeaks: Kami geng SokerLeaks rate lu punya perfomance 8/10. Lu puas hati dengan perfomance sekarang?
Khairul Fahmi: Gua rate diri sendiri 6/10. Gua muda lagi, sumpah banyak lagi nak kena belajar. So, kalau gua teruskan dengan progress sekarang, insyaAllah gua nak kejar rate 9.5/10, barulah tip top. Nak dapat 10 tu tipu sangat la kan?

SokerLeaks: Haah tipu tak agak-agak la kalau nak rate 10/10 tu. Lu suka makan budu?
Khairul Fahmi: Nate apo tanyo oghe kelate suko make budu ko dok, feveret tu boh! (Apa gila tanya orang Kelantan suka makan budu ke tak, itu feveret gua tu bro!)

SokerLeaks: Lu kenal Hanis Zalikha?
Khairul Fahmi: Kenal, blogger femes tu bro!

SokerLeaks: Dia cantik tak?
Khairul Fahmi: Hehehehe..bodoh punya soalan.

SokerLeaks: Kikiki. Lu tahu tak Nora Danish pernah tweet 'sweetheart XOXO' pasal lu, suka?
Khairul Fahmi: Biasela, mestilah gua suka. Nora Danish kemain top lagi tweet macam tu untuk gua, sape tak suka? Tapi gua profesional. Secara personal memang takde lebih-lebih la..ermmm..dok tahu la..hahaha.

SokerLeaks: Ok cukup. Nanti bangga tak sudah Nora Danish kalau cerita pasal dia lebih-lebih. Erm, apa respond lu pasal ada orang yang buat page facebook benci lu punya makwe?
Khairul Fahmi: Gua malas nak amik port, gua buat tak tahu je. Makwe gua pun steady je, tak de hal la. Tak penting pun kan? Makwe gua bukan buat salah apa pun. Tapi gua harap-harap kalau boleh tu tak payahla. Kalau nak teruskan jugak, go ahead!

SokerLeaks: Selama ni ada niat atau berangan nak carik awek artis?
Khairul Fahmi: Takde la. Sape la gua ni nak ngorat artis. Tapi kalau artis-artis Hollywood tu ok jugak rasanya. Hahaha. Tapi tu la, memang takde gua berangan nak usha artis.

SokerLeaks: Tak beragak pulak lu punya jawapan, takpe, gua doakan yang bagus-bagus untuk lu. Sape artis wanita paling diminati dalam negara?
Khairul Fahmi: Kalau pelakon tu gua minat gila babi dengan Fauziah Nawi, dia ni bawak watak mak-mak memang kelas! Kalau bawak watak sedih-sedih pulak confirm berhantu. Gua respek gila dengan dia. Kalau penyanyi pulak gua pilih Dato' Siti sebab..ahh, sape tak tahu kehebatan dia? Takyah la gua explain lagi.

SokerLeaks: Sekarang lu pakai kereta apa?
Khairul Fahmi: Sekarang pakai kete Kancil je bro.

SokerLeaks: Itu sebelum nama lu naik, sekarang nama dah naik, gaji pun takyah tipu la kalau tak naik sama. Sekarang rezeki dah meletup ni takkan tokse tukar kereta?
Khairul Fahmi: Gua rasa tak lagi. Buat masa ni gua plan nak beli kereta untuk mak bapak gua dulu. InsyaAllah nanti-nanti kalau ada rezeki lebih gua tukar la kancil tu jadi bapak kancil.

SokerLeaks: Wow, sungguh mithali juga lu ni brader. Lu hisap rokok?
Khairul Fahmi: Dulu hisap jugak, tapi dah lama berenti. Iya la, nak jadi sportman kena elak benda-benda tu kalau nak karier bertahan lama.

SokerLeaks: Cewaaahh! Kemain lagi semangat. Rasa-rasa semangat macam ni boleh simpan lama tak? Ke hangat-hangat chicken shit je?
Khairul Fahmi: InsyaAllah gua jaga apa yang patut. Main bola ni periuk nasi gua sekarang sampai gua hujung karier, so benda-benda yang tak patut tu gua akan cuba elak.

SokerLeaks: Apa komen lu pasal fans Indon yang kata Malaysia malingshit apa semua tu?
Khairul Fahmi: Gua tak heran la benda tu. Kalau nak ikut masa kat Indo hari tu lagi teruk kena maki dengan orang-orang sana. Gua pun tak tahula nak cakap apa, pada gua kalau kita kalah, terimalah dengan hati terbuka. Tapi kalau nak kutuk-mengutuk jugak macam tu, terpulanglah.

SokerLeaks: Nak cerita pasal orang sana memang 3 hari punya surat khabar pun tak habis. So gua pun rasa lantak diorang lah. Yang penting kita dapat piala, ye dak?
Khairul Fahmi: Ye sangat la tu, itu yang paling penting.

SokerLeaks: Lu tahu tak lu ada peminat-peminat gay kat luar sana, so apa pesanan lu kepada diorang?
Khairul Fahmi: Terus terang gua cakap yang gua ni lurus, macam pembaris. Gua tak minat lelaki sama jenis. Tapi kalau dah suka tu tak boleh la gua nak larang.

SokerLeaks: Lu pernah pakai seluar dalam lebih 3 hari?
Khairul Fahmi: Tak pernah. Lebih 2 hari pun tak pernah. Sebab tiap-tiap hari gua tukar spenda 3 kali.

SokerLeaks: Wow! Gila babi betul?
Khairul Fahmi: Hahaha. Iya la, gua kan training bola, so kena la tukar 2-3 kali sehari. Logik la tu bro.

SokerLeaks: Make sense, tak terpikir pulak gua. Ok, apa pasukan luar negara yang lu sokong?
Khairul Fahmi: Gua peminat setia Bayern Munich. BPL gua tak layan sangat. La Liga pulak gua sokong Barcelona.

SokerLeaks: Real Madrid?
Khairul Fahmi: Tak berapa, sebab rival Barcelona.

SokerLeaks: Cis, gua fan Real derr, terasa gua. Takpe, so team BPL mana yang paling lu rasa cap ayam dan paling lemau macam beskot masuk angin?
Khairul Fahmi: Macam gua cakap tadi gua tak berapa layan BPL, tapi daripada apa yang gua tengok, gua pilih Liverpool sebagai team paling Ayam Brand. Jersi tu pun elok tukar daripada 'Standard Chartered' jadi 'Standard Ayam'. Kah kah kah! (kemain lama lagi KFCM gelak masa ni, gua tunggu je bila nak habis).

SokerLeaks: Ok dah letteww gelak. Gua nak tanya soalan lain pulak ni.
Khairul Fahmi: Hehehehe, tak tahan bro. Lawak, lawak.

SokerLeaks: Ok cukup. Lu pernah kentot masa game?
Khairul Fahmi: Ada.

SokerLeaks: Huraikan.
Khairul Fahmi: Iya la, time game rasa nerves tu memang tak boleh nak elak. Jadi kadar angin yang nak keluar tu pun mesti bertambah. So, kalau gua rasa nak kentot tu gua kentot je la. Bukan orang tau pon. Hahaha.

SokerLeaks: So game lepas ni kalau gua tengok lu sengih sorang-sorang kat pintu gol masa tak kena serang tu gua dah boleh agak yang mesti lu tengah kentot itu jam. Ok?
Khairul Fahmi: Takdok hal boh! (Takde hal la bro!)

SokerLeaks: Ok, soalan last daripada kami. Apa perancangan peribadi lu?
Khairul Fahmi: Plan nak tunang dengan cik jejari Runcing tapi kena tengok jadual kerja. Iya la, dia pun lagi setahun setengah nak habis belajar. Gua malas nak kacau stadi dia. Gua tunggu dia habis stadi dulu.

SokerLeaks: Jap, kemain setia dan yakin sekali gua tengok statement lu tu.
Khairul Fahmi: Bro, gadis ni la yang follow gua dari bawah. Masa gua main Piala Presiden dulu dia dah kenal gua. Masa gua tak tahu gua nak naik macam sekarang lagi dia dah sapot gua, apa nak lagi?

SokerLeaks: Ok kemas! Gua mewakili pihak SokerLeaks ucapkan tahniah lagi sekali atas kejayaan itu hari dan atas kecemerlangan lu jaga gawang gol negara kita. Pesanan daripada gua, kalau ada rezeki tu kahwin la cepat, ramai gadis tengah que kat luar sana tu. Kang tak pepasal jadi macam kes Mawi, haru derr!
Khairul Fahmi: Terima kasih bro. InsyaAllah benda yang baik tu akan ditunjukkan jalan daripada tuhan.


Pihak SokerLeaks sangat teruja dengan sikap jatuh ke bumi Khairul Fahmi. Kami doakan kejayaan anda dalam karier. Semoga dapat terus meneraju kejayaan Harimau Malaya hingga terubat sakit dan kepingin peminat bola sepak tanahair untuk kejayaan yang seterusnya. Teruskan progress anda, kami akan sentiasa menyokong!

Disclaimer: Temubual di atas bukan rekaan semata, ianya pure daripada tekak pengulas, tekak KFCM dan keyboard SokerLeaks. Semuanya hasil temubual yang berlangsung selama lebih kurang 30 minit pada 2/1/2011 daripada pukul 12.40 tengahari hingga 1.10 tengahari.

Isnin, 3 Januari 2011

Norshahrul Dapat Tawaran Luar Negara.



Berdasarkan temubual akhbar Harian Metro dengan Norshahrul Idlan Talaha, Kelantan berisiko tinggi kehilangan penyerang kebangsaan ini kepada dua buah kelab berpangkalan di Indonesia.

S: Difahamkan selepas aksi cemerlang di Piala AFF, anda ada menerima tawaran daripada kelab luar untuk beraksi bersama mereka.
J: Benar, saya mendapat dua tawaran untuk beraksi di Indonesia. Pertama daripada kelab Sriwijaya FC di mana ejen kelab berkenaan ada menemui saya menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat saya. Kedua, sebuah kelab yang saya pun masih tidak pasti lagi iaitu dari Jawa Tengah.

S: Jika benar mereka serius mahu mendapatkan khidmat anda, bersediakah anda untuk keluar dari negara ini dan beraksi di Indonesia?
J: Ya, sudah pasti saya tidak akan melepaskan peluang ini. Saya bersedia untuk beraksi di luar negara kerana ia pasti akan memberi pengalaman berharga untuk saya.

Jika Norshahrul mendapat tawaran dan beliau menerima tawaran yang dikemukakan, Kelantan bakal kehilangan seorang lagi tonggak utama yang membantu Sang Kijang menjulang kejuaraan dalam Piala Malaysia.
T-Team, Kelantan Bertemu Awal.



Pertembungan menarik dijangkakan dalam saingan Piala FA 2011 selepas T-Team FC diundi menentang Kelantan di pusingan pertama.

Perlawanan yang diadakan secara kalah mati mungkin menjanjikan saingan sengit diantara dua pasukan yang masih dilanda kontroversi berkaitan penghijrahan tiga pemain utama Red Warriors kepada kelab yang berpangkalan di Kuala Terengganu.

Ketika isu mengenai status tiga pemain masih panas dengan komen terbaru dari Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, kelmarin, dua pasukan ini diundi untuk merebut satu tempat ke pusingan seterusnya.

Ramai penganalisis Liga Malaysia menjangkakan saingan T-Team dan Kelantan bakal hangat dengan situasi dalam dan luar padang selepas selesai pengundian yang dijalankan di Wisma FAM.

Bagi mereka, pertembungan seawal pusingan pertama dua pasukan ini menyerlahkan kekuatan dua pasukan ini disamping pasukan mana dapat merebut slot untuk melayakkan diri.

T-Team mempunyai kelebihan moral kerana diundi bermain di gelanggang sendiri selain mempunyai peluang luas untuk mengecewakan Kelantan setelah mendapat khidmat bekas pemain utama Sang Kijang, Indra Putra, Norfarhan dan Azizi Mat Rose.
T-Team, Kelantan Bertemu Awal.



Pertembungan menarik dijangkakan dalam saingan Piala FA 2011 selepas T-Team FC diundi menentang Kelantan di pusingan pertama.

Perlawanan yang diadakan secara kalah mati mungkin menjanjikan saingan sengit diantara dua pasukan yang masih dilanda kontroversi berkaitan penghijrahan tiga pemain utama Red Warriors kepada kelab yang berpangkalan di Kuala Terengganu.

Ketika isu mengenai status tiga pemain masih panas dengan komen terbaru dari Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, kelmarin, dua pasukan ini diundi untuk merebut satu tempat ke pusingan seterusnya.

Ramai penganalisis Liga Malaysia menjangkakan saingan T-Team dan Kelantan bakal hangat dengan situasi dalam dan luar padang selepas selesai pengundian yang dijalankan di Wisma FAM.

Bagi mereka, pertembungan seawal pusingan pertama dua pasukan ini menyerlahkan kekuatan dua pasukan ini disamping pasukan mana dapat merebut slot untuk melayakkan diri.

T-Team mempunyai kelebihan moral kerana diundi bermain di gelanggang sendiri selain mempunyai peluang luas untuk mengecewakan Kelantan setelah mendapat khidmat bekas pemain utama Sang Kijang, Indra Putra, Norfarhan dan Azizi Mat Rose.
Kemudahan Minima
Stadium Sultan Muhamad Ke-IV.


RedsFC
RedsFCNews@gmail.com

Dari tahun ke tahun masalah berkaitan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu sering menjadi agenda utama Persatuan bola Sepak Negeri Kelantan dan Malaysia.

Sering kali dipaparkan di akhbar harian akan kedaifan serta kemudahan paling minima yang dimiliki stadium keramat bagi pasukan The Red Warriors.

Kali ini, dijelaskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bahawa tahap kecerahan lampu stadium Sultan Muhamad tidak sesuai untuk dijalankan sebarang perlawanan bertaraf kelas A.

Ini kerana, kualiti lampu dan kemudahan yang disediakan seperti bilik persalinan pemain gagal menepati arahan yang telah dikemukakan FAM.

Selain itu, stadium ini juga gagal memberikan keselesaan kepada skuad yang bertanding serta tidak mesra penyokong setiap kali perlawanan diadakan.

Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, yang diuruskan Perbadanan Stadium Kelantan seringkali menerima kritikan dari pihak-pihak yang berkaitan kerana gagal memberikan perkhidmatan yang memuaskan.

Kelmarin, mesyurat Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kali ke-56 melalui Presiden, Tan Sri Annuar Musa meluluskan usul untuk memajak stadium selama 30 tahun dengan bayaran mencecah RM10 Juta.

Pajakan ini memudahkan KAFA melalui pihak yang dilantik untuk membaiki serta menambah baik lagi kemudahan stadium yang semakin uzur.

MU Lamar Khairul Fahmi?

KOTA BHARU – Populariti penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang membantu skuad negara muncul juara Piala Suzuki AFF, kini menjadi fenomena luar biasa.

Kerana kagum dengan aksi tangkasnya terutama ketika menyelamatkan penalti Indonesia pada perlawanan akhir kedua di Jakarta minggu lalu, peminat amat berharap Khairul dilamar kelab bola sepak terkemuka dunia.

Malahan ada laman web yang menyiarkan laporan bahawa Pengurus Kelab bola sepak terkemuka dunia Manchester United, Alex Ferguson berminat untuk melamar penjaga gol Kelantan itu, bagi menggantikan penjaga gol utamanya Edwin Van Der Sar.

Sebuah laman web mirip laman web rasmi Manchester United, iaitu man-united.co.nr, menyiarkan laporan kononnya, selepas dua jam Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki 2010 buat kali pertama Rabu lalu, Ferguson mengarahkan pegawainya melamar Khairul Fahmi.

Laman web itu menyebut Khairul Fahmi merupakan individu penting membantu pasukan Malaysia menjulang kejuaraan.

Kecemerlangan dan ketenangan Khairul Fahmi mengawal gawang gol Malaysia dengan menangkis setiap serangan yang dilakukan oleh Indonesia telah menarik minat pengurus kelab tersebut.

Ferguson melalui laman tersebut berkata, Khairul Fahmi adalah seorang pengaja gol terbaik yang pernah dilahirkan.

“Sekiranya dia (Khairul Fahmi) diberikan peluang untuk beraksi, dia mungkin sebaris dengan pengaja gol terbaik seperti Buffon (Italy), Cassilas (Sepanyol) dan Van Der Sar (Belanda).

“Van Der Sar merupakan salah seorang penjaga gol terbaik yang pernah kami miliki, tetapi apabila dia meluahkan hasrat ingin bersara, kami perlu seseorang penjaga gol dan dia (Khairul Fahmi) ialah calon terbaik masa ini,” katanya.

Bagaimanapun, berita yang disiarkan oleh laman web tersebut didapati tidak benar, kerana ia bukan laman rasmi kelab tersebut.

Begitupun, ia tetap menimbulkan keterujaan bagi Khairul Fahmi.

Menurutnya, sekiranya benar beliau sememangnya teruja jika diberikan peluang untuk bermain dalam kelab tersebut.

Ini kerana katanya, beliau masih perlu bekerja lebih kuat sekiranya mahu berjaya seperti penjaga gawang terbaik dunia.

“Saya masih muda dan perjalanan masih jauh untuk menjadi hebat seperti Van der Sar atau pun Casilas,” katanya.

Sebelum ini, Khairul Fahmi bukan sahaja menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkan dia pada kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia, bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.

Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan itu yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan Support Tim nas, yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.

Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.

Laman Facebook beliau mendapat 57,000 hit daripada peminat kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan.

Kerajaan Kelantan Hadiah Rumah Untuk Khairul Fahmi

KOTA BHARU, 3 Jan: Penjaga gol skuad Harimau Malaya yang berjaya membantu negara menjuarai Piala AFF Suzuki, Khairul Fahmi Che Mat dihadiahkan sebuah rumah oleh kerajaan negeri Kelantan hari ini.

Pengumuman mengenainya dibuat sendiri oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meraikan kepulangan beliau ke Kelantan di Chabang 4, Cherang dekat sini hari ini.

Bagaimanapun tidak dinyatakan apakah nilai rumah berkenaan. Pengumuman itu dibuat di majlis yang dianjurkan oleh pejabat Anggota Parlimen Kota Bharu dan juga kerajaan negeri Kelantan.

Sebelum ini kerajaan negeri Kelantan pernah menghadiahkan rumah kepada Nik Madihah, pelajar Kelantan yang berjaya menjadi pelajar terbaik Malaysia dalam peperiksaan SPM.

Khairul Fahmi berjaya mempertahankan gawang Malaysia dari ditembusi semasa Indonesia bertandang ke Malaysia yang membawa Malaysia menang 3-0 dalam pusingan pertama perlawanan akhir piala itu di Bukit Jalil.

Beliau juga berjaya menjaga gawang Malaysia dengan baik apabila pasukan negara itu berkunjung ke Jakarta termasuk menyekat sepakan penalti oleh Indonesia.

Malaysia menang dengan agregat 4-2 walaupun kalah di Jakarta dengan 2-1.


Astro Media Penaja Bersama Liga M

TENGKU ABDULLAH (tengah) mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Kelana Jaya semalam.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima suntikan baru dalam mengendalikan perjalanan sukan bola sepak negara apabila Astro Media bersedia menjadi rakan penaja bersama bagi Liga Malaysia (Liga M) musim 2011-2014.

Astro Media yang merupakan salah satu rangkai- an daripada syarikat televisyen berbayar negara, Astro telah menandatangani kontrak penajaan bersama FAM dengan jumlah RM120 juta bagi tempoh empat tahun tersebut.

Begitupun, FAM menjelaskan bahawa Astro Media bukan penaja utama bagi Liga M 2011-2014, sebaliknya bertindak sebagai sebuah agensi yang membantu urusan kewangan dan pemasaran FAM selain turut memegang hak siaran langsung dalam semua perlawanan Liga M.

“Astro Media secara dasarnya telah bersetuju untuk menjadi penaja bersama saingan Liga M dengan tajaan RM120 juta selama empat tahun,” kata Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Kelana Jaya semalam.

“Mereka bukan menjadi penaja utama bagi Liga M tetapi dilantik menjadi agensi yang membantu urusan kewangan serta pemasaran untuk FAM. Begitupun, mereka juga diberi hak siaran televisyen bagi semua perlawanan Liga M termasuk Liga Perdana, Piala FA, Piala Presiden dan rakan media skuad remaja.

“Tetapi ia tidak bermakna stesen televisyen lain tidak berpeluang menyiarkan perlawanan Liga M secara langsung. Mereka boleh membeli siaran tersebut dan berurusan melalui Astro Media.”

Menurut Tengku Abdullah, baginda berharap agar banyak lagi syarikat korporat akan tampil menjadi penaja bersama Liga M, sekali gus membantu peningkatan sukan bola sepak negara selain menjadikan ia platform dalam bidang komersial.

“Apa yang ditawarkan oleh Astro Media ini adalah baik bagi bola sepak negara dan ia juga perkembangan baru bagi FAM.

“Ia akan melibatkan pembangunan bagi jangka masa panjang dan perubahan yang menarik bagi saingan liga tempatan sendiri.”

Pengerusi Liga Super Malaysia (MSL), Tan Sri Annuar Musa pula menjelaskan, FAM menerima bidaan daripada Astro Media setelah melihat visi dan potensi yang mampu mereka reali- sasikan dalam kancah Liga M sehingga 2014.

“FAM bukan hanya melihat jumlah bidaan saja tetapi juga menimbang perkara-perkara lain seperti pelaksanaan mereka dalam perubahan-perubahan yang FAM mahukan dalam Liga M sepanjang empat tahun ini,” kata Annuar.

“Mereka juga turut melabur RM100 juta lagi dalam peralatan dan fasiliti bagi siaran langsung Liga M, jadi keseluruhan penajaan mereka boleh dikatakan mencapai RM220 juta.

“FAM mahu mengubah Liga M menjadi satu kejohanan liga yang kompetitif dan menarik untuk disaksikan. Saya berani jamin pada musim 2013 hingga 2014, perubahan besar akan dilihat dalam kancah liga bola sepak negara.”

Sementara itu Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM berkata, pengumuman mengenai penaja utama Liga M bagi musim 2011 hingga 2014 akan dibuat dalam sedikit masa.

“FAM terpaksa mengambil sedikit masa bagi melihat bidaan-bidaan yang diterima, kemudian selepas itu barulah akan diumumkan siapa penaja utama Liga M bagi musim 2011-2014.

“Ada beberapa nama besar yang telah mengemukakan bidaan mereka dan saya akui salah satu daripadanya ialah Maxis. Kita tunggu dan lihat saja siapa yang akan dipilih oleh FAM,” ujar Annuar.

Alex Ferguson mahu khidmat Khairul Fahmi?

Artikel yang dipetik dari laman MUFC
After two hour,Malaysia team won the AFF Suzuki Cup against Indonesia at Glaro Bung Karno Stadium, Sir Alex Ferguson as manager of Manchester United want to use Khairul Fahmi to replace Van Der Sar.

Khairul Fahmi is one of the important characters in the success of the Malaysia Team in AFF Suzuki Cup 2010. His success in keeping the Malaysia goal from indonesia attack in the early minutes of the game attracted a manager of Manchester United. Sir Alex Ferguson said "he is one of the best goalkeepers ever be produced, and if given the chance he could be a row of Buffon, Cassilas and Van Der Sar .

"Van Der Sar is one of the best goalkeeper we ever have, but when he says the desire to retire, we need someone who can keep the goal and he (Khairul Fahmi) is the best candidate we have for the time being" said Sir Alex Ferguson.

Catatan Popular