KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 27 Jun 2010

The Red Warriors Jalani Jadual Pemanas Badan Yang Padat


Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Skuad Kelantan dibawah bimbingan B. Sathianathan sedang giat mengadakan sesi latihan seperti yang dirancangkan bagi mengelakkan penurunan prestasi para pemain.

Kemenangan menentang Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu selepas cuti rehat Piala Dunia 6 Julai nanti menjadi target utama KAFA.

KAFA sedar, amat sukar sesebuah pasukan untuk mengekalkan prestasi para pemain mereka setelah mendapat cuti rehat yang panjang.

Persatuan Induk tersebut mengambil langkah wajar dengan meminta pemain menjaga kecergasan mereka sebelum dipanggil kembali untuk menyertai sesi latihan yang telah diatur oleh pihak kejurulatihan dan B. Sathianathan.

Selain itu, pengurusan KAFA juga telah mengatur beberapa perlawanan persahabatan bagi memberi pendedahan kepada pemain supaya aksi mereka diatas padang menentang Jang tidak berkarat.

Kelantan sepatutnya menentang kelab dari selatan Thailand, Pattani Fc pada 26 Jun namun terpaksa dibatalkan atas sebab tidak dapat dielakkan menyebabkan pengurusan KAFA mengambil langkah segera mengantikan aksi tersebut dengan pasukan lain dari Kuala Lumpur.

Selepas itu, Sang Kijang akan menentang pasukan dari Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia pada 29 Jun sebelum menamatkan kunjungan ke Lembah Kelang menentang Harimau Muda yang baharu sahaja pulang dari saingan Liga di Slovakia pada 1 Julai.

Sebelum ini, Red Warriors berjaya menewaskan pasukan tempatan, Durpa Fc 6-1 dalam perlawanan persahabatan di Padang Pengkalan Chepa.

Apa yang menarik untuk diperkatakan, skuad Kelantan kini mendapat suntikan semangat dari beberapa pemain muda yang dinaikkan ke dalam skuad senior apabila tampil cemerlang dalam saingan peringkat simpanan.

Paling mengujakan, pemain berasal dari Tumpat yang dilahirkan dalam program Piala Kijang Muda KAFA, Mohd Shawal Rudin telah mendapat peluang beraksi dengan pemain utama lain di skuad senior.

Aksi pemain ini berjaya menarik perhatian KAFA dan B. Sathianathan sendiri menjangkakan Mohd Shawal Rudin merupakan bintang muda Kelantan dalam pembikinan untuk jangka masa panjang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular