KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 23 Jun 2010

Penubuhan Klinik The Red Warriors


Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Setelah pelancaran Trw Cafe (The Red Warriors Station) dan Trw Radio (Trw.FM), Persatuan Bola Sepak Kelantan melangkah setapak lagi dalam dunia korporat apabila akan menubuhkan Klinik The Red Warriors di Wisma KAFA, tidak lama lagi.

Menurut maklumat dari sumber RedsFC - News, penubuhan klinik ini menunjukkan keseriusan KAFA dalam membina imej gemilang persatuan kepada pihak umum.

KAFA ingin menuju ke arah sektor korporat dan tidak hanya menumpukan kepada bidang bola sepak semata-mata.

Penubuhan klinik ini akan menaikkan nama KAFA dalam industri sukan tanah air kerana menjadi satu-satunya persatuan bola sepak di Malaysia mempunyai pelbagai kemudahan dan infrastruktur bertaraf kelab eropah.

Menurut sumber itu lagi, klinik ini akan digunakan oleh pasukan Kelantan untuk fisioterapi bagi pemain yang mengalami kecederaan.

Secara tidak langsung penubuhan klinik ini akan menjimatkan sumber kewangan KAFA disamping mampu menjana sumberpendapatan kepada pihak Persatuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular