KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 28 Jun 2010

Perlawanan Persahabatan Malaysia VS Kelantan


Perlawanan petang semalam menyaksikan skuad The Red Warriors mampu memberi tentangan sengit kepada skuad kebangsaan. Posisi dan prestasi perlawanan adalah seimbang dan sering berbalas serangan antara kedua-dua pasukan. Dilihat pada prestasi Kelantan pada ketika ini dengan semangat gempur yang baik, perlawanan pertama menentang pada 6 julai ini bertemu Negeri Sembilan akan menjadi penanda aras prestasi Kelantan hasil daripada perlawanan persahabatan yang padat ini.

Kedudukan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan, kedua-dua gol Kelantan dijaringkan oleh Norshahrul. Masih lagi ada 2 siri perlawanan persahabatan iaitu menentang ATM dan Harimau Muda B, melalui hasil temuramah ketua jurulatih petang semalam, beliau menyatakan perlawanan persahabatan yang dilakukan ini lebih kepada peningkatan stamina dan memupuk keserasian dikalangan pemain, selain beliau amat berharap pemain mengelakkan diri daripada ditimpa kecederaan. Terima kasih kepada semua peminat The Red Warriors seluruh lembah Klang kerana memeriahkan perlawanan petang semalam dengan kehadiran lebih 200 orang.

Sokong bia bijok , napok bijok , betindok bijok , main bijok , bijok sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular