KAFA Tiada Pilihan Lain Kecuali Nekad......!! | ||
|
Terperanjat dan sedih memikirkan nasib yang bakal menimpa KAFA yang tiada pilihan lain kecuali memilih untuk beraksi di luar negeri Kelantan bagi 3 baki perlawanan daripada baki 6 perlawanan. Pendedahan ini ingin mengajak para pembaca memahami secara rasional keluar dari skop politik dan bukan bertujuan memburukkan mana-mana pihak sekadar meluahkan keputusan yang mungkin akan diambil KAFA, setelah surat rayuan kedua berkenaan caj duti hiburan ditolak kerajaan negeri dan permohonan untuk membina stadium baru masih dalam pertimbangan kerajaan pusat, maka pihak pengurusan terpaksa nekad untuk memilih stadium baru yang sesuai untuk Kelantan beraksi sehingga penghujung TM Liga Super, Piala Malaysia dan musim depan. Mungkin tanggapan sesetengah masyarakat, KAFA ingin membangkit kembali kisah yang telah selesai seperti pendedahan
Alhamdullilah KAFA amat berterima kasih kepada syarikat yang menaja dan membantu KAFA dalam meningkatkan mutu bola sepak Kelantan seperti AL HAMRA, UMBRO, YUSMIRA, AIR ASIA, SINAR HARIAN dan termasuk pihak yang mengendalikan portal rasmi KAFA Theredwarriors.com, The Red Warriors Station dan The Red Warriors Radio kerana membantu KAFA tanpa melibatkan kos kewangan KAFA. Tajaan kewangan daripada syarikat ini adalah tajaan untuk semusim TM liga Super bukannya tajaan harian mahupun bulanan seperti yang diwar-warkan. Mengenai barangan keluaran KAFA adalah antara usaha KAFA sendiri untuk menjana pendapatan bagi menampung bebanan kewangan, namun ianya sekadar dapat menanggung kos utiliti dan sedikit pengurusan KAFA sahaja. Diharap penjelasan ini dapat membuka mata kepada semua pihak supaya tidak mengganggap KAFA sekarang kaya sakan dengan stadium yang dipenuhi penyokong, jualan produk dan sebagainya. Tidak terdetik dihati pihak pengurusan untuk bermusuhan dengan mana-mana pihak mengenai isu ini cuma ingin semua penyokong di Kelantan akur dan redha dengan keputusan yang terpaksa diputuskan oleh Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa tanpa prejudis mahupun syakwasangka.
Pelik tapi benar apabila tiket yang mahal, kadar levi yang tinggi, duti hiburan dan caj tambahan tidak dapat menjamin mutu kemudahan dan kualiti stadium yang baik dan terurus kepada semua penyokong. Sekiranya pilihan stadium luar diterima sebulat suara, dengan nada berani presiden KAFA sanggup meletakkan harga tiket sekitar RM8-10 sahaja dan membantu pihak media rasmi KAFA untuk berfungsi dengan baik dalam memberikan liputan perlawanan secara langsung kepada penyokong di Kelantan. Mungkin ianya akan menjadi janggal sebuah pasukan negeri beraksi diluar negeri sendiri, namun sekiranya inilah hakikatnya dengan penuh keyakinan dan keikhlasan demi bola sepak Kelantan yang tidak mengenal ideologi politik ini KAFA akan meneruskan kecemerlangannya di negeri lain. Dengan tulus hati kami menyeru semua pihak akur dan redha dengan keputusan yang terpaksa KAFA akan lakukan demi meneruskan kecemerlangan pasukan kesayangan kita beraksi dengan tenang dan baik tanpa gangguan masalah gaji, KWSP, bonus dan sebagainya. Biarlah episod malang dan tidak diberi pertimbangan ini ditanggung dengan penuh semangat keyakinan kami demi melihat sebuah pasukan juara dan mampu bergantung dengan inisiatif sendiri pada satu masa nanti. Salam Hormat dan Kasih Sayang; Yang benar KAFA Sokong bia bijok , dipandang bijok , betindok bijok , main bijok , bijok sokmo...... Gomo Kelate Gomo
Info:
***Contoh: Cara mudah memahami kesusahan KAFA ialah sekiranya kutipan tiket RM12 untuk 15 ribu penonton jumlah yang diperolehi RM180 000. Bebanan yang ditanggung ialah
***baki yang ada digunakan sepenuhnya untuk KAFA menanggung bebanan hutang yang ditinggalkan pengurusan sebelum ini, kos operasi & pengurusan+gaji+KWSP+Bonus+perjalanan+lain-lain untuk pemain dan staf terkini. pembelanjaan pembangunan bola sepak di semua peringkat piala, daerah dan sebagainya. Kami memohon maaf kerana tidak dapat menjelaskannya secara terperinci kerana melibatkan rahsia organisasi. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan