KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 12 Mac 2010

Sathia resah tanpa 3 tonggak

BERAKSI dengan kekuatan penuh belum menjamin meraih keputusan baik menentang Selangor, apa lagi dengan pasukan yang kepincangan beberapa tonggak.

Namun, itulah yang perlu dihadapi pengendali Kelantan, B Sathianathan yang terpaksa mengenepikan pertahanan tengah, S Subramaniam dan penjaga gol, Syed Adney Syed Hussein akibat kecederaan dengan penyerang, Indra Putra Mahayuddin berada dalam keadaan 50-50 bagi perlawanan Liga Super menentang pendahulu di tempat sendiri, malam ini.
“Indra tidak 100 peratus cergas. Kami kehilangan S Subramaniam dan Syed Adney akibat kecederaan buat perlawanan ini. “Perlawanan ini adalah penting buat kami dengan ia memberi suntikan kepada musim kami,” kata Sathia ketika dihubungi semalam.

Mengenai perlawanan malam ini, Sathia tidak mahu terlalu defensif walaupun menyedari lawan mereka sudah menjaringkan sembilan gol dalam dua perlawanan sebelum ini - 4-0 ke atas Kedah dalam Liga Super dan 5-1 ke atas Pos Malaysia dalam suku akhir Piala Malaysia.

“Selangor adalah jentera jaringan. Kami tidak akan terlalu bertahan ketika menghadapi mereka. Safee Sali menampilkan persembahan mantap dan mereka bermain sebagai satu pasukan,” kata Sathia yang gemarkan Safee ketika bergelar watak pengendali kebangsaan sebelum ini.
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!
Komen Anda
Guna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen
zulkiflee
selangor mesti mau menang
anak selangor
buleh menang ke ?
pesal
Kelate GOMO Selangor..itu yang akan jadi tajuk sukan dalam akhbar tempatan esok..The Red Wariors akan menang....jom kita pakat gi stadium sultan muhammad iv....
Mohd Zuki B Shabudin
Kltn harus berwaspada dgn jentera serangan Selangor, main dgn hati2, tumpu sepenuhnya jgn leka, 'Gomo Kelate Gomo'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular