KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 8 Mac 2010


Pemain Red Warriors perlu lebih bersemangat waja




KOTA BHARU - Pasukan Red Warriors perlu lebih bersema-ngat dan mempamerkan aksi yang lebih bertenaga bagi menghadapi sebarang perlawanan, yang melibatkan pihak terbabit dengan pihak lawan agar martabat pasukan bola sepak Kelantan akan terus menyinar.

Ridzuwan Ramly, 32, pasukan Red Warriors perlu lebih mempertingkatkan usaha bagi menepis segala tanggapan negatif dan dapat memberikan harapan baru kepada penyokong dan peminat setia pasukan ini bahawa mereka mampu mempamerkan perlawanan yang lebih baik.

“Pemain-pemain pasukan dibarisi oleh golongan terpilih dan boleh dikatakan handal di padang, mungkin faktor tekanan membuatkan pasukan ini mempamerkan aksi yang hambar di padang.

“Apa pun saya tetap menyokong pasukan Red Warriors dan mengharapkan pasukan ini dapat mempamerkan aksi yang lebih hebat pada perlawanan akan datang,” katanya.

Sementara itu, Azrol Abdul Aziz, 32, berkata, sebagai salah seorang penyokong pasukan terbabit, permainan yang dipamerkan tidaklah menghampakan namun barisan pertahanan perlu lebih berhati-hati.

“Ini perlu diawasi kerana pasukan ini sering memberi peluang kepada pihak lawan untuk mendapatkan mata melalui jaringan gol.

“Pemain-pemain pasukan ini bukannya lemah, malah berpotensi besar cuma jurulatih perlu lebih peka dan memberikan latihan terbaik buat pasukan ini agar corak permainan menjadi lebih teratur dan tidak mampu dipatahkan oleh serangan pihak lawan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular