KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 5 Mac 2010

Mengharap sinar kemenangan di Terengganu PDF | Cetak | emel

"

Ambo tak kisah abis duit beli minyak keto, tiket dan masa ambo lagi, tapi kali ni biarlah mene sebab lama doh duk berehat" keluh Mamat Peon. Harapan Mamat ini harapan semua peminat setia The Red Warriors supaya skuadnya mempamerkan aksi yang berbeza dan beroleh kemenangan. Tiada jaminan lain yang harus diusahakan oleh ketua jurulatih kecuali usaha ke arah kemenangan. Badi seri dan kekalahan akan merencatkan sokongan peminat semua selepas ini.

Kemenangan keatas T-Team sabtu nanti adalah penyambung riwayat sokongan dan semangat semua peminat The Red Warriors. Hanya kemenangan yang akan mengekalkan gelombang merah di seluruh Malaysia. Tonggak utama seperti Piya, Hai-o dan Akmal yang masih kegersangan gol perlu melakukan kejutan pada hujung minggu ini supaya semua mendapat perasaan yang tenang dan menggembirakan pada Ahad nanti. Episod kecederaan beberapa tonggak utama juga merisaukan skuad The Red Warriors dan berharap S Chanturu dan Norshahrul Idlan dapat beraksi dengan baik selepas pulang dari berjuang bersama skuad negara. Tingkatkan prestasi dan kecemerlangan, jangan biar sokongan dan jualan tiket lesu seperti negeri lain. Kita sayang skuad kita. Kita akan terus setia bersama The Red Warriors.

Pakat turun Terengganu belaka.

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo...Main pun biar bijok sokmo


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular