KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 12 Mac 2010

Perang siber Kelate VS Selangor sudah keterlaluan PDF Cetak emel

Kehangatan perlawanan Red Warriors VS Red Giants sudah mula terasa bahangnya di internet. Perang diantara kedua-dua peminat di laman web FaceBook dan Blog semakin kecoh. Pelbagai isu dilontar daripada isu perlawanan hinggalah dibangkit segala perkara yang tidak berkaitan dengan sukan. Melihat keseriusan perkara ini, para penyokong kedua-dua pasukan diminta bertenang supaya perkara ini tidak merebak hingga ke luar alam siber. Perlu diingatkan para penyokong The Red Warriors kini sudah mula datang bersama keluarga dan anak-anak ke stadium, oleh itu pihak kami ingin menasihati semua penyokong menjadikan peristiwa salah seorang peminat kita yang kehilangan sebelah matanya untuk selamanya kerana sikap buruk yang dimulakan oleh orang lain sebagai pengajaran berguna dan jadikanlah ianya yang terakhir berlaku di Kota Bharu. Hormatilah penyokong kita yang datang dengan keluarga dan raikan tetamu kita pasukan dan penyokong Selangor dengan baik. Jauhi segala provokasi, tunjukkan kematangan dalam berhujah mahupun menyokong.

Tidak menjadi masalah sekiranya ianya sekadar perang siber tetapi biarlah dalam suasana yang tidak melibatkan peribadi dan individu yang tidak berkaitan. Biarlah Siri kekecohan di Shah Alam pada tahun lepas disimpan sebagai arkib sejarah dan pada tahun ini rekod penyokong The Red Warriors cemerlang. Biar wujud kehairanan dihati semua penyokong luar Kelantan bahawa penyokong The Red Warriors sudah berjaya mengungguli segala yang terhebat dan teramai untuk penyokong bolasepak di Malaysia. Jadikanlah sempena Tahun Bolasepak Kelantan tahun ini sebagai permulaan era kematangan semua dalam mencapai status skuad profesional dan bakal juara.

Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa juga menasihati kepada semua penyokong skuadnya bertenang dan menerima segala keputusan dengan tenang dan sabar. Beliau akan memastikan para pemain mempamerkan aksi yang terbaik untuk memastikan semua penyokongnya tidak pulang hampa. Beliau juga menyatakan lebih 400 orang pasukan keselamatan dikerah untuk mengawal keadaan di stadium dan pihak KAFA menyerahkan segala insiden-insiden buruk yang dimulakan dan dikesan sehingga ditangkap kepada pihak polis sepenuhnya. Beliau juga mengingatkan tiada kompromi daripada pihak KAFA dalam semua insiden-insiden buruk yang berlaku. Oleh itu dinasihatkan suasana sebelum, semasa dan selepas perlawanan tenang.

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo..

Penyokong kawal emosi, pemain tingkat prestasi & Strategi.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular