KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 12 Mac 2010

Pasukan bola sepak Kelantan tunai umrah Ogos ini

KOTA BHARU - Seramai 41 orang rombongan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan mengerjakan ibadah umrah ke Tanah Suci tajaan Kerajaan Negeri selama 10 hari, mulai 7 Ogos depan.:

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Abdul Fatah Mahmood berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Exco semalam dan tindakan lanjut akan dibincangkan bersama Kafa selepas ini.

“Ini dilakukan sebagai memenuhi janji untuk menaja pasukan Red Warriors menunaikan umrah ke Mekah kerana berjaya ke peringkat akhir Liga Malaysia musim lalu,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di sini, semalam.

Abdul Fatah berkata, selain mengerjakan umrah, kesebelasan pemain Red Warriors itu akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Kelab Bola Sepak Kaherah, Mesir.

Bagaimanapun, katanya pihaknya akan menyerahkan kepada Kafa untuk memutuskan kelab yang akan ditemui oleh skuad Red Warriors nanti.

Ditanya mengenai peruntukan Kerajaan Negeri untuk membiayai penajaan umrah itu, Abdul Fatah berkata, kos bagi setiap seorang membabitkan RM4,000 hingga RM5,000.

“Peruntukan sebenar belum diputuskan memandangkan kita masih lagi mencari agensi yang berkelayakan, mana-mana agensi sesuai dengan pakej yang diberikan diberi keutamaan,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Fatah berkata, Kerajaan Negeri meluluskan permohonan Kafa untuk menggunakan logo Kerajaan Negeri dalam sebarang aktiviti untuk mempromosikan badan induk sukan itu.

Ini, katanya selaras dengan peraturan 4.1 Enakmen Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan.

Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan menyokong Kafa dalam membangunkan bola sepak di negeri ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular