KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 13 Mac 2010

Platun Pahlawan Merah berjaya mengikat
giant daripada terus mengganas!



Mungkin terlalu awal jika emosi penyokong The Red Warriors hendak disamakan dengan emosi penyokong Selangor ketika pasukannya dibelasah Terengganu dengan jaringan 4 gol berbalas 0 kerana jiwa dan emosi penyokong Selangor sudah lama berstatus juara dan profesional serta bersedia dengan apa jua keputusan yang dilalui dan sentiasa setia pada skuadnya. Berbeza dengan segelintir penyokong The Red Warriors, segelintir komuniti yang mengimpikan kejuaraan segera dan tidak boleh menerima hakikat apa-apa jua keputusan kecuali menang, bermacam-macam tuduhan, komen dan ejekan yang buruk diluahkan kepada skuadnya dan ketua jurulatih kerana bagi mereka akan rasa gembira apabila menang sahaja walaupun dengan satu gol.

TRWC banyak menerima panggilan dan luahan menyatakan permainan pasukan kita amat baik kerana seri sudah memadai untuk menghadapi lawan yang gah seperti Selangor ini. Terima kasih kepada semua penyokong The Red Warriors yang telah memberi sokongan tidak berbelah-bagi kepada skuadnya. Posisi perlawanan mengikut pemerhati adalah 50-50 dan lebih 25 percubaan gol The Red Warriors yang tersasar daripada lubang gol. Tahniah kepada semua pemain kerana telah berjuang bermati-matian untuk peminat. Pujian yang tidak terkira kepada semua penyokong yang tidak gentar dengan hujan dan tetap setia sehingga ke 93 minit terakhir. Walau kita hanya seri tetapi kita telah menang dengan jumlah penonton dan perubahan sikap baik yang dikekalkan sejak beberapa perlawanan kebelakangan ini. 'Bravo to all Kelantanese Fan'.

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular