KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 12 Mac 2010

The Red Warriors akur kehebatan Red Giant PDF | Cetak | emel

Para peminat The Red Warriors juga amat berharap peningkatan prestasi Piya yang kelihatan hambar ketika di Terengganu sabtu lepas. Piya, Norfarhan, Indra Putra dan Akmal Rizal perlu menjadi pemangkin utama dalam memulakan serangan yang membawa kepada jaringan gol dan bukannya gerakan aksi lesu kerana mereka pasti cergas untuk diturunkan nanti. Peluang yang dberikan kepada Nizad oleh ketua jurulatih perlu dimanfaatkan sepenuhnya dan beliau perlu membuktikan bahawa prestasinya patut menerima pujian. Kekurangan dan kelemahan ini tidak akan dijadikan alasan skuad The Red Warriors untuk bermerah mata bersama peminat setia mereka. Biarpun Selangor kelihatan gah dipersada utama carta liga, skuad The Red Warriors harus membuktikan sesuatu yang bermakna pada penyokong. Laungan Gomo Kelate Gomo bakal menenggelamkan sorakan penyokong Selangor dan laungan ini dapat memberi semangat yang jitu kepada semua pemain supaya beraksi dengan baik. Kelemahan yang dipamerkan ketika menentang T-Team harus diperbaiki segera sebelum pertemuan jumaat nanti. Pujian harus diberikan kepada skuad K.Devan kerana mempamerkan aksi yang baik ketika menentang Kedah.

Kawasan Kota Bharu dijangka akan sesat selepas solat jumaat lagi kerana musim cuti sekolah akan bermula jumaat ini dan ramai dikalangan peminat diluar Kelantan telah bersedia bercuti dan menuju ke stadium keramat The Red Warriors. Semangat yang membara dijiwa penyokong The Red Warriors akan mengatasi bilangan penyokong Red Giant. Tiket RM12 tidak bernilai bagi penyokong The Red Warriors bagi memenuhi stadium demi skuad kesayangan mereka jika hendak dibandingkan tiket RM5 yang masih tidak menggalakkan penyokong Red Giant memenuhi stadium mereka baru-baru ini. Ramai menjangkakan tiket akan habis seawal tengahari lagi dan berbeza dengan prestasi jualan tiket di negeri lain yang masih ada walaupun selepas maghrib. Semangat kenegerian dan sayangkan negeri penyokong The Red Warriors amat berbeza dari negeri lain. Mereka akan tetap bersama The Red Warriors walau apa pun yang berlaku. Para penyokong mendoakan jumaat ini pencetus pencapaian yang cemerlang daripada skuad mereka. Bagi mereka "Kalah biarlah Kalah yang berdaya lawan dan Menang biarlah menang yang tenang, kalau seri apakan daya sekiranya itulah nasibnya". Para penyokong The Red Warriors diingatkan untuk mengawal emosi mereka dan elakkan daripada melakukan provokasi. Ratusan polis akan dikerah untuk mengawal keadaan sebelum dan selepas perlawanan dan turut diingatkan para penyokong menggelak daripada membawa senjata berbahaya, mercun dan bahan larangan yang lain ketika datang ke stadium. Pihak KAFA tidak akan berkompromi dengan penyokong yang mencetus provokasi sehingga tertangkap dengan polis.

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo

Petikan Sajak daripada Facebook The Red Warriors oleh Merio Yusof
SAJAK KU BUAT THE RED WARRIORS

KALA NADI MASIH BERLARI BERDEGUP DI JANTUNG HATI..
JEJAK INI HARUS DI HARUNGI WALAU DIRINTANG LAUTAN API..
WALAU PEKAT DARAH MERAH INI MEMBIAS KEPIPI..
WALAU KERINGAT MEMBAKAR DIRI..
SELAGI NYAWA TIDAK TERHENTI..
SELAGI MUSUH TIDAK KAU TAKLUKI..
SELAGI ITULAH KAU HARUS TEGUH BERDIRI..

RELAKAN PEK...AT DARAH MERAH MENGALIR DIDAHI..
DARI TERSEKSA SAMPAI KEMATI..
RELAKAN AIRMATA MENITIS DIPIPI..
DARI SENDU YANG BERLAGU DIHATI..
DEMI SEIKAL JANJI YANG TERPATRI..
DEMI SEBUAH HARAPAN YANG PASTI..

DAN JANJI KU ....
KAN SENTIASA DISISI WALAU APA JUA YANG BERLAKU..
GELAK TAWAMU PENAWAR SEGALA RESAH DUKAKU..
SETELAH SEMUSIM MENGANYAM KENANGAN INDAH BERTAMU DIKALBU..
MEMBINGKAI POTRET SEJARAH WALAU PUN MUSIM BERLALU..

DAN APA YANG KU PINTA..
HANYA SEBUAH KEJAYAAN UNTUK DI KONGSI BERSAMA..
SETELAH MELALUI SEGALA..
BUKTIKAN !!! INILAH SAATNYA..
SAAT YANG MENJADI SEJARAH PALING ISTIMEWA..
KELANTAN KU DARULNAIM..ANUGERAH UNTUKNYA..

merio..hardcore red warriors

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular