KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 13 Mac 2010

Keadaan padang perlu diambil berat: Annuar

KOTA BHARU – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, pihak stadium dan orang ramai perlu mengambil berat tentang keadaan padang di stadium.

Annuar berkata, kemungkinan tidak lama lagi padang di stadium akan digunakan untuk satu aktiviti yang melibatkan orang ramai oleh Kerajaan Negeri.

“Ini kerana padang tersebut jika digunakan selain untuk bermain bola, ia boleh merosakkan struktur padang itu," katanya.

Annuar berkata, pihak stadium kena sentiasa memastikan padang berada dalam keadaan baik kerana jika perlawanan yang berlangsung di padang tersebut, ada melibatkan kerjaya individu dalam bidang sukan bola sepak.

Katanya, jika pemain bola me-ngalami kecederaan, ia akan menggelapkan masa depan mereka dan kalau seseorang pemain itu cedera, Kafa akan mengalami kerugian beribu-ribu ringgit.

“Saya tidak mempunyai kuasa untuk kata siapa boleh guna atau siapa yang tidak boleh guna padang tersebut, cuma ia perlu dilindungi kerana sesebuah padang itu jika ia dipijak secara berlebihan, ia akan menjadi mampat dan kasar serta memberi ketidakselesaan kepada pemain nanti," katanya.

Sementara itu katanya, keadaan musim kemarau sekarang ini yang amat panas sehingga menyebabkan keadaan padang kering serta keras memerlukan langkah penjagaan yang lebih baik.

Annuar berkata, keadaan tersebut membahayakan pemain dan pihaknya mengambil langkah dengan menyiram padang tersebut dua kali sehari sehinggalah menjelang hari perlawanan.

Oleh sebab itu, katanya, padang akan direhatkan seperti mana yang dilakukan oleh mereka di luar negara sebaik sahaja selesai perlawanan antara Kelantan dan Selangor.

Menurutnya, pada tempoh direhatkan itu padang akan diberi rawatan di mana proses pembajaan semula dilakukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular