TRW Muda dan Remaja Dirancang, Ghaddar telah sertai TRW
TRW sedang merancang untuk membentuk dua lagi pasukan sokongan, TRW Muda (B18) dan TRW Remaja (B16), selain daripada Skuad Senior dan Skuad Piala Presiden sedia ada. Pemilihan pemain untuk kedua-dua pasukan tersebut akan diadakan mulai bulan Januari 2012. TRW sedang mencari seorang Ketua Jurulatih Pembangunan Bola Sepak Remaja bertaraf antarabangsa untuk tujuan tersebut.
Akademi Al-Hamra Red Warriors (ARMY) akan terus berfungsi sebagai penyelaras tapisan awal pemain, bermula seawal usia 12 tahun.
Dalam perkembangan yang lain, Presiden memaklumkan Mohamed Ghaddar telah selamat tiba di Malaysia dari Dubai dengan penerbangan Emirates. Ghaddar telah disambut oleh Kelab Penyokong TRWC KLIA setibanya di KLIA, dan terus ke Seremban untuk melapur diri di kem latihan TRW. Kita mengucapkan Selamat Datang ke Malaysia kepada Ghaddar, dan Selamat Bersama TRW.
Pertemuan pra musim di antara TRW dan Perak pada 1 Disember nanti akan memperlihatkan gandingan Okine, Banning, Ghaddar, Antwi, Nor Farhan, Inderpautra dan Badri Radzi. Penyokong-penyokong dipelawa memberi komen balas pemain-pemain import yang harus dipilih untuk beraksi bersama TRW untuk Liga Malaysia; sama ada gandingan Ghaddar-Antwi, Ghaddar-Banning, Antwi-Banning, Ghaddar-Okine atau Antwi-Okine.
Mengulas tentang kesediaan pemain tempatan, Presiden memberitahu, Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat diberi ruang masa untuk berehat dan kembali ke tahap cergas mereka setelah beraksi untuk Skuad Kebangsaan Harimau Malaya. Norshahrul tidak mengalami kecederaan tetapi sedang menjalani rawatan terapi untuk memulihkan beliau daripada kecederaan lutut yang dialami sebelum ini.
Norshahrul dijangka akan mula beraksi sebelum pertengahan bulan Disember. Beliau sekarang sedang menjalani latihan harian kercergasan secara berasingan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan