Farhan Bersama TRW 2012.
Bekas pemain Kelantan tahun lepas, Norfarhan Mohamad hampir pasti akan bersama The Red Warriors pada musim depan.
Berita ini disahkan sendiri oleh Norfarhan ketika ditemui di Kota Bharu bahawa dia akan kembali menyertai Kelantan dan bakal memperkuatkan gergasi Pantai Timur dalam kejohanan Liga Malaysia dan Piala AFC.
Norfarhan pada musim sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila berhijrah ke T-Team FC tanpa mendapat kebenaran daripada pihak KAFA ekoran masalah peribadi.
Selepas semusim menabur bakti selain membantu kelab dari Terengganu tersebut mencatatkan musim terbaik mereka dalam Liga Malaysia, dia akhirnya kembali untuk bersama Kelantan pada 2012.
Sebelum ini khabar angin turut tersebar luas beberapa pemain yag ditawarkan kontrak oleh pihak pengurusan Kelantan melakukan tindakan "u-turn" selepas menerima tawaran lebih menarik daripada pasukan lain.
Dengan kemasukan kembali Norfarhan dan kemungkinan seorang lagi bekas pemain pertahanan dari T-Team, Kelantan semakin hampir melengkapkan pasukan selepas menghadapi situasi genting dalam sehari dua ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan