KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 11 November 2011

Permohonan menjadi wakil jualan rasmi barangan KAFA kini dibuka


b_250_200_16777215_0_http___3.bp.blogspot.com__UHyrAj3FLso_S7GCTqyBBxI_AAAAAAAABQc_AL5cYYYbHJU_s320_Logo_Persatuan_Bolasepak_Kelantan.png

Persatuan Bolasepak Kelantan ingin memaklumkan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi wakil jualan rasmi barangan keluaran KAFA untuk tahun 2012 agar mendaftarkan diri sebagai wakil jualan rasmi kafa yang sah.

Kepada para peniaga yang ingin mendaftar sebagai wakil Jualan Rasmi KAFA, anda boleh mendaftar dengan mengisi borang pendaftaran yang boleh didapati mulai sekarang di Wisma KAFA, The Red Warriors Station@K.T.C, dan juga boleh memuat turun dari laman web rasmi KAFA (www.theredwarriors.com) dengan yuran pendaftaran sebanyak RM50. Satu salinan Sijil Penftaran Syarikat/Perniagaan(SSM) juga hendaklah disertakan. Semua borang pendaftaran hendaklah diserahkan sebelum 15hb November 2011 kerana satu taklimat khas akan diadakan pada hujung november kepada semua yang telah mendaftar.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi En Anuar Alias di talian 019-9260157 atau Pejabat KAFA 09-7666360.

*BORANG JUGA BOLEH DIMUAT TURUN MELALUI LINK DI BAWAH :
http://www.mediafire.com/?n633 t7pj17tv3np

PRESS STATEMENT

Persatuan Bolasepak Kelantan ingin memaklumkan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi wakil jualan rasmi barangan keluaran KAFA untuk tahun 2012 agar mendaftarkan diri sebagai wakil jualan rasmi kafa yang sah.


Untuk pengetahuan, Logo KAFA secara rasminya telah didaftarkan di bawah Akta Cap Dagang 1976 berkuatkuasa 28 Jun 2010 yang mana jika didapati mana-mana individu/syarikat yang menggunakan logo KAFA tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan undang-undang. Menurut Pengerusi JK Merchandise, Outlet & Event KAFA, Tuan Hj Azlan Hj Mohd Yusoff, sebelum ini pihak KAFA dengan kerjasama pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah banyak memberi peluang dan bertolak ansur dengan para peniaga yang tidak berdaftar dan juga mereka yg menjual barangan yg menggunakan logo KAFA tanpa kebenaran."Sebelum ini pihak KPDNKK telah beberapa kali turun padang bersama wakil KAFA bagi memantau dan memaklumkan kepada para peniaga tentang hal ini, jadi sudah tiada alasan untuk mereka pada tahun depan".

"Pihak KPDNKK juga telah mula menjalankan operasi penguatkuasaan sejak minggu lepas di sekitar Kota Bharu dan telah merampas barangan yg menggunakan logo KAFA tanpa kebenaran seperti T-shirt, baju kanak-kanak dan byk lagi. Operasi penguatkuasaan ini akan diadakan secara berterusan dari semasa ke semasa".

Kepada para peniaga yang ingin mendaftar sebagai wakil Jualan Rasmi KAFA, anda boleh mendaftar dengan mengisi borang pendaftaran yang boleh didapati mulai sekarang di Wisma KAFA, The Red Warriors Station@K.T.C, dan juga boleh memuat turun dari laman web rasmi KAFA (www.theredwarriors.com) dengan yuran pendaftaran sebanyak RM50. Satu salinan Sijil Penftaran Syarikat/Perniagaan(SSM) juga hendaklah disertakan. Semua borang pendaftaran hendaklah diserahkan sebelum 15hb November 2011 kerana satu taklimat khas akan diadakan pada hujung november kepada semua yang telah mendaftar.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi En Anuar Alias di talian 019-9260157 atau Pejabat KAFA 09-7666360.
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular