Permata Hitam Ghana, Denny Antwi mula memikat hati peminat setia Kelantan sepanjang saingan pra-musim Liga Malaysia.
Apa tidaknya, deretan jaringan gol berjaya dilakukan pemain ini walaupun hanya diturunkan bersama pemain simpanan The Red Warriors yang lain.
Dia bukan sahaja melakukan jaringan gol malahan kelibat pemain ini di bahagian depan memberikan pelbagai masalah kepada pasukan lawan.
Dengan larian pantas serta sikap sentiasa mahu menjaringkan gol menyebabkan ketua jurulatih Kelantan, Peter James Butler selesa menggunakan pemain ini dalam setiap perlawanan persahabatan.
Selepas tiga perlawanan kompetetif, Denny Antwi sudah meledak empat gol termasuk menjaringkan hatrik ketika menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), malam tadi.
Penyerang yang menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan The Red Warrios kemungkinan besar akan diserap selaku penyerang import Liga Malaysia bersama Mohamad Ghaddar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan