Sejarah Kelantan dalam Piala Emas Raja-Raja dan Piala Agong.
Sejarah Ringkas Piala Emas Raja-Raja
Pertandingan awalnya pada 1922 dikenali sebagai Piala Emas Sultan-Sultan bersempena lawatan Putera Wales ke Semenanjung dan disertai 10 negeri dengan Kedah muncul juara dan menjulang sebuah piala perak kurniaan Sultan Perak, Selangor dan Pahang serta Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.Setelah Selangor memilikinya tiga tahun berturut-turut mulai 1923 dan berhak menyimpannya, sebuah piala baru diperkenalkan sebagai ganti atas kurniaan empat sultan itu dan mulai 1926, ia dianjurkan oleh Persatuan Pertanian dan Hortikultur Malaysia (MAHA).
Pada 1939, penganjurannya walaupun tergendala beberapa tahun kerana Perang Dunia Kedua telah diambil alih oleh Persekutuan Sepak bola Melayu Semenanjung (kini PBSMM), pertandingan Piala Emas Raja-Raja dipulihkan semula dengan penyertaan negeri-negeri Tanah Melayu dan Singapura sehinggalah berterusan sehingga ke hari ini.
Pada tahun 2010, prestij piala ini semakin berkembang pesat selaras dengan pembangunan sukan negara dimana timbulnya beberapa pihak penaja yang berminat menaja kejohanan Piala Emas. Jika dulu, pertandingan ini dipandang sepi oleh pihak syarikat korporat, tetapi kini sudah berubah dimana beberapa pihak termasuklah Puncak Niaga menyatakan hasrat untuk memberikan penajaaan untuk meningkatkan lagi prestij pertandingan.
Sejarah Ringkas Piala Agong.
Piala Agong dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong kepada persatuan Bola Sepak Semenanjung untuk dipertandingkan antara pasukan Melayu Utara dengan Melayu Selatan pada tiap-tiap tahun. Sepak mula pertama bermula pada tahun 1962 dimenangi pasukan Melayu Selatan.
Kejohanan ini dipertarungkan kedua-dua pasukan tersebut dari tahun tersebut sehinggalah tahun 1975 sebelum diubah format pada tahun 1978 dimana juara Piala Agong dikehendaki melawan juara Piala Emas Raja-Raja.
Tahun 1985, Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Pahang berkenan mengurniakan piala baru menyebabkan sekali lagi format diubah dimana pasukan yang berjaya layak ke saingan separuh akhir Piala Emas Raja-Raja berhak menyertai Pesta Bola Agong sehinggalah dibubarkan kembali kepada format asal seperti tahun 1978, tiga tahun selepas itu.
Format tersebut berterusan sehingga kini tanpa diubah oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia.
Sejarah Ringkas Pasukan Bola Sepak Melayu Kelantan
Piala Emas Raja-Raja
Penyertaan Kelantan dalam Piala Emas Raja-Raja tidak diketahui butiran lebih lanjut tetapi berdasarkan rekod yang ada pada simpanan Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia, Kelantan merupakan gergasi dalam kejohanan ini selepas muncul johan sebanyak 13 kali sejak dipertandingkan pada tahun 1926. Kali pertama berjaya mara ke pentas akhir ialah pada tahun 1957 tetapi tewas tipis kepada Selangor.
Selepas itu, mereka sekali lagi mara ke perlawanan akhir dua tahun kemudian tetapi kali ini Singapura menjadi penghalang menewskan Kelantan dengan jaringan besar 6-1.
Pada tahun berikutnya, Kelantan terus mencatatkan keputusan cemerlang pada awal saingan tetapi ditimpa nasib malang selepas kecundang buat kali kedua kepada Selangor dan Singapura untuk muncul naib johan pada tahun 1961 dan 1963.
Sehinggalah pada tahun 1972, Kelantan akhirnya berjaya muncul juara buat kali pertama selepas menundukkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada penentuan "final".
Selepas kejayaan tersebut, Kelantan layak beberapa kali ke perlawanan akhir tetapi tewas sebelum mencatatkan kejayaan piala seterusnya pada tahun 1978, 1982, 1985, 1989, 1991 dan 1995.
Bermula tahun 2000, Kelantan mencatatkan kosistensi dari tahun ke tahun selepas kejayaan mencatatkan kejuaraan sebanyak enam kali serta dua kali naib johan untuk mengumpul kejuaraan sebanyak 13 Piala menjadikan pasukan Melayu Malaysia terbanyak memenangi Piala Emas Raja-Raja.
Selain kejayaan muncul juara terbanyak, skuad Piala Emas turut merupakan medan mencungkil bakat muda selain memperkenalkan bintang-bintang utama kedalam skuad utama negeri. Siapa tidak kenal pemain era terdahulu seperti Hashim Mustapha, Halim Napi, Zaidi Napiah dan ramai lagi. Siapa juga tidak kenal pemain seperti Aris Zaidi, Nik Shahrul Azim, Nik Ahmad Fadhli, Tengku Hazman, Latif Jusoh dan beberapa lagi nama muda. Mereka merupakan antara pemain bintang dan lagenda yang pernah mewakili Kelantan dan mencatatkan kejuaraan dalam beberapa kejohanan ini.
Selain kejayaan muncul juara terbanyak, skuad Piala Emas turut merupakan medan mencungkil bakat muda selain memperkenalkan bintang-bintang utama kedalam skuad utama negeri. Siapa tidak kenal pemain era terdahulu seperti Hashim Mustapha, Halim Napi, Zaidi Napiah dan ramai lagi. Siapa juga tidak kenal pemain seperti Aris Zaidi, Nik Shahrul Azim, Nik Ahmad Fadhli, Tengku Hazman, Latif Jusoh dan beberapa lagi nama muda. Mereka merupakan antara pemain bintang dan lagenda yang pernah mewakili Kelantan dan mencatatkan kejuaraan dalam beberapa kejohanan ini.
Piala Agong
Dalam kejohanan Piala Agong, penyertaan Kelantan turut membuahkan hasil lumayan bilamana sudah mengumpul sembilan kejuaraan setakat ini.
Perubahan format pertandingan bermula tahun 1978 menjadi detik penentu kepada pasukan Kelantan dalam pertandingan terawal Piala Agong apabila mencatatkan dua kemenangan dari empat kali pentas akhir.
Selepas itu, Kelantan gagal merampas kembali piala Agong sehinggalah pada tahun 1985, Sang Kijang merampas kembali piala tersebut dari tangan Singapura.
Enam tahun tanpa gelaran, Kelantan berjaya mengambil kembali piala tersebut pada tahun 1991 hasil kemenangan 4-0 keatas Johor dan mereka mempertahankan piala tersebut setahun selepas itu selepas membenam cabaran Negeri Sembilan.
Mereka meneruskan legasi kejuaraan piala pada tahun 1995, 2001 dan 2005 sebelum kebuntuan kejuaraan sehinggalah pada tahun 2009 mereka akhirnya kembali memegang piala biarpun berstatus juara bersama dengan pasukan Johor.
Era 2011
Biarpun menampilkan skuad berbeza dengan pasukan yang bertanding dalam liga utama, kekuatan Kelantan ternyata begitu ampuh bila beraksi dalam kejohanan antara yang tertua di negara kita.
Paling ketara ialah peningkatan persembahan yang ditunjukkan sepanjang menyertai kejohanan. Biarpun mempertaruhkan barisan muda dan beberapa pemain berpengalaman dari skuad senior selain gabungan pemain amatur dari liga jajahan, Kelantan tetap gah untuk mengoncangkan pihak lawan yang bertanding dalam kejohanan ini.
Seharus diatas kertas dengan status juara bertahan, Kelantan dilihat tidak bermasalah untuk menambah koleksi kemenangan dalam Piala Agong dan Piala Emas Raja-Raja tetapi cabaran beberapa pasukan yang sedang meningkat naik seperti Johor, Pahang dan Perlis tidak boleh dipandang ringan.
Diundi sekumpulan dengan Perlis, Kuala Lumpur dan Melaka, skuad Kijang perlu lebih berusaha gigih jika mahu melepasi peringkat kumpulan.
Sasaran juara kedua-dua piala dari pihak persatuan merupakan cabaran besar kepada semua pemain yang bakal terpilih nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan