Kelayakan Olimpik 2012 : Malaysia Kena Jerat.
Peluang Harimau Muda Malaya merebut tempat ke Sukan Olimpik London 2012 semakin tipis apabila mengsia-siakan peluang terbaik mengutip tiga mata penuh selepas dikecewakan Bahrain 3-2 pada saat akhir.
Dua gol pendahuluan daripada Nazmi Faiz dan Mahali Jasuli seakan-akan memberikan kejayaan pertama kepada pasukan negara tetapi pelawat bangkit dengan tiga jaringan dalam masa enam minit pada penghujung perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Bermain di hadapan penyokong sendiri, Malaysia bermula garang apabila terlebih dahulu berada didepan pada minit ke-29 selepas percubaan deras Nazmi Faiz dari luar kotak penalti gagal diselamatkan penjaga gol Bahrain.
Mereka hampir menambah gol pada minit ke-37 tetapi tandukan Amir Saidin hasil sepakan sudut sedikit sahaja melewati palang gol pasukan pelawat.
Pada awal separuh masa kedua, Bahrain terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Farhad Tareq diperintahkan keluar padang hasil kekasaran keatas pemain negara.
Kesempatan tersebut digunakan sepenuhnya anak didik Ong Kim Swee dengan mengejutkan Bahrain hasil jaringan kedua pada minit ke-67 selepas Mahali Jasuli bijak menyempurnakan bola muntah daripada penjaga gol Bahrain.
Dua gol pendahuluan membuatkan pemain Malaysia berada dalam zon selesa menyebabkan mereka terikut-ikut dengan rentak permainan pasukan pelawat.
Walaupun kekurangan pemain, Bahrain berjaya merapatkan kedudukan melalui jaringan menarik Saad Sajaz pada minit ke-80.
Empat minit kemudian, Bahrain dikurniakan satu sepakan penalti dari luar kotak penalti Malaysia dan Isa Ahmed tidak mengsia-siakan peluang tersebut untuk menyamakan kedudukan.
Tidak sampai seminit, Isa Ahmed menghukum kelalaian barisan benteng Malaysia yang diketuai Fadhli Shas apabila menjaringkan gol ketiga selepas mudah menyepak masuk kedalam gawang yang terbuka luas.
Selepas jaringan tersebut, pemain Bahrain mula melambatkan masa perlawanan untuk kekal mengatasi tuan rumah dengan kelebihan satu gol sehingga tamat masa sebenar.
Tamat pusingan pertama, Malaysia kekal di tangga tercorot tanpa mengutip sebarang mata hasil tiga kekalahan yang dicatatkan kepada Syria dan Jepun, sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan