KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 11 November 2011

Siapa Pemain Berjersi 21?

Ramai penyokong Kelantan di luar sana tertanya-tanya siapa pemain import bakal menyarung jersi bernombor 21 Merah Putih The Red Warriors pada musim depan.


Setakat ini, rumours mengatakan pemain import dari Eropah dan Asia sedang diintai Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk diserapkan bagi mencukupkan kuota empat pemain Piala AFC.

Berdasarkan sumber yang diperoleh dari mulut pengurus pasukan, dikhabarkan hanya dua pemain import dari eropah sedang menjalani rundingan bersama KAFA, tidak dari pemain mana-mana negara Asia.


Rundingan masih belum dimuktamadkan tetapi dilaporkan mereka adalah pemain yang berkualiti dan pernah mencipta nama dengan kelab ternama di beberapa negara termasuklah Liga Perdana Inggeris dan Liga Sepanyol.

Setakat ini, Sergio Gonzalez berada dalam radar pemilihan beserta seorang lagi tidak dinyatakan nama oleh pengurus Kelantan tersebut.

Untuk catitan, tiga pemain import sudah ditandatangani oleh KAFA dengan dua daripadanya menjalani sesi pemilihan ketat oleh ketua jurulatih manakala seorang lagi dari Lebanon diambil atas kriteria selaku penyerang utama pasukan kebangsaan.

Menurut pihak pengurusan KAFA, setiap pemain import yang akan dipilih mestilah bermain dengan skuad utama pasukan kebangsaan selain sanggup menerima tawaran kontrak dua tahun seperti yang disyaratkan.

Jika tiada sebarang masalah pada peringkat rundingan, pemain yang dipilih tersebut akan turun dalam satu perlawanan persahabtan yang diatur The Red Warriors, tidak lama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular