KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 24 November 2011

Laporan Kelayakan Olimpik 2012: Malaysia Kalah Lagi.

Syria berada dalam kelas tersendiri apabila mudah menewaskan Malaysia 2-0 dalam saingan kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Malaysia yang menurunkan barisan sama ketika tewas kepada Jepun bagaimanapun lebih banyak menerima asakan daripada pasukan pelawat.

Bermula dari percubaan deras Amer Saidin kepada Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-16, Harimau Muda Malaya terus menerima asakan apabila suntingan Solaiman Solaiman dari jarak jauh sedikit melewati palang gol.

Satu-satunya percubaan terbaik Malaysia hadir melalui percubaan Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-30 terus kepada penjaga gol Syria.

Sepuluh minit kemudian, percubaan kaki kanan Mardik Mardikian hampir mencecah jaring tetapi Khairul Fahmi bertindak pantas melayangkan badan menepis keluar untuk sepakan sudut.

Ketika perlawanan mamasuki masa tambahan babak pertama, Malaysia mendapat peluang keemasan memecah kebuntuan tetapi sentuhan Wan Zack Haikal sedikit tinggi.


Memasuki babak kedua, Syria bermula laju untuk memaksa benteng Malaysia lebih banyak bertahanan.

Usaha berterusan Syria akhirnya membuahkan hasil selepas Solaiman Sulaiman menjaringkan gol pertama melalui tandukan dari jarak dekat selepas menerima hantaran daripada lontaran kedalam pada minit ke-51.

Syria terus bernafsu untuk menambah jaringan dua minit kemudian bila Fares melepaskan percubaan cantik tetapi kali ini Khairul Fahmi lebih bersedia menyelamatkan keadaan.

Pada minit ke-59, Khairul Fahmi terus bertindak cemerlang apabila menepis keluar percubaan dari jarak 30 meter, Mohamed Zubaydah.

Tidak lama kemudian, hasil dari keadaan kelam kabut didepan pintu gol Malaysia, Mohamad Fares berjaya menyepak deras kearah pintu gol Malaysia tetapi Khairul Fahmi terus menjadi penyelamat.

Malaysia yang tertekan kadangkala melakukan asakan kearah pintu gol Syria untuk mencari gol penyamaan tetapi kesilapan berterusan membuatkan pasukan negara terus hampa.

Kealpaan melakukan serangan akhirnya membawa padah selepas kesilapan awal daripada Muslim Ahmad memberikan Syria ruang yang cukup luas untuk melakukan jaringan kedua melalui Nassouh Nakkdahli pada minit ke-87.

Selepas tambahan masa empat minit diberikan, Malaysia gagal untuk mencari jaringan sebelum perlawanan ditamatkan dengan Syria memungut tiga lagi mata untuk berada di kedudukan teratas carta kumpulan C.

Selepas ini, skuad kendalian Ong Kim Swee akan berhadapan dengan Bahrain di Stadium Bukit Jalil pada 27 November.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular