Trio Kembali, Azlan Pulang Ke Pangkuan Kijang.
Empat pemain yang disebut-sebut bakal menyertai Kelantan pada musim depan akhirnya sah menjadi milik skuad yang berpangkalan di Pantai Timur tersebut.
Bekas ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin, Azizi Mat Rose, Norfarhan Mohamad dan Azlan Ismail seperti yang dijangka bakal memperkuatkan pasukan Kelantan dalam cabaran Liga Malaysia dan Piala AFC.
Kesemua pemain ini pernah mewakili The Red Warriors pada musim sebelum ini dan berhasil membantu skuad Kijang mencatatkan kejuaraan dalam saingan domestik.
Lebih menarik, pemergian mereka suatu ketika dahulu turut diselubungi kisah tidak enak tetapi selepas berkelana di tempat orang, mereka menerima semula tawaran Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Siapa tidak kenal dengan tiga trio sehingga digelar "tiga Abdul" oleh sebilangan penyokong setia Merah Putih dan siapa juga tidak kenal dengan Azlan Ismail, anak emas KAFA pada tahun 2005 tetapi bertindak melawan arus untuk merealisasikan impian ke pasukan Perlis pada tahun tersebut.
Tetapi segalanya sudah lepas dan kini mereka sekali lagi akan diberikan tempat untuk bersama mencabar sasaran empat piala yang telah ditetapkan.
Harapan besar penyokong perlu direalisasikan dan mereka turut ada misi penting yakni merawat kembali hati segelintir penyokong The Red Warrors di serata dunia yang terguris dengan sikap mereka pada awal terdahulu walaupun sebenarnya bukan silap mereka atas kesalahan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan