Denny Antwi membuktikan status selaku penyerang import apabila menjaringkan tiga gol untuk membantu Kelantan menewaskan ATM 4-2 dalam perlawanan persahabatan pra-musim di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.
Menurunkan gabungan pemain utama dan simpanan, Kelantan ternyata garang apabila mendahului ATM 3-1 pada babak pertama hasil dua jaringan Antwi dan satu gol sumbangan daripada Khairul Izuan Rosli.
Bagaimanapun pihak lawan berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-43 selepas dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil kerana terjahan kasar Nik Shahrul Azim kepada pemain ATM.
Pada babak kedua, ATM cuba bangkit dan berhasil menjaringkan gol kedua pada minit ke-60.
Denny Antwi mengesahkan kemenangan Kelantan dengan jaringan keempat dan yang terakhir perlawanan pada mnit ke-81 selepas menyempurnakan sepakan penalti.
Dengan keputusan yang diraih, The Red Warriors meneruskan rekod cemerlang mereka sepanjang pra musim dengan mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut.
Selepas ini, mereka akan ke Paroi untuk dua aksi persahabatan dengan Perak dan Negeri Sembilan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan