KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 13 November 2011

Ramzul Wira Melayu Kelantan.

Penyerang muda, Mohd Ramzul Zahini Adenan muncul wira Melayu Kelantan apabila jaringan menarik melalui tandukan pada minit-minit akhir perlawanan memberikan kejuaraan Piala Agong ke-10 kepada negeri Cik Siti Wan Kembang.


Ramzul merupakan antara beberapa tonggak dari skuad Liga Super Kelantan diserap untuk membantu pasukan Piala Agong dan Piala Emas Raja-Raja nyata menggunakan kelebihan dan pengalaman di peringkat senior untuk membantu Melayu Kelantan merampas kembali piala dari tangan Perlis.

Kehadiran dia sepanjang perlawanan memberikan inspirasi kepada pasukan Melayu Kelantan bangkit dari ketinggalan satu jaringan pada babak pertama seterusnya melakukan tiga jaringan sepenuh masa.


Pemain berusia 24 tahun ini tidak asing sebenarnya bagi pasukan Melayu Kelantan kerana dia pernah membantu mereka muncul johan pada kejohanan Piala Emas Raja-Raja pada musim lepas.

Anak muda ini telah beberapa kali menjadi penyelamat pasukan dan kehadiran dia didalam pasukan Melayu Kelantan pada malam tadi membuka ruang kepada pemain lain untuk berjuang sehingga ke wisel penamat.

Dengan bantuan jaringan untuk mencatatkan kejuaraan Piala Agong, Ramzul nyata bakal sekali lagi menjadi nadi kepada pasukan Melayu Kelantan dalam misi mempertahankan Piala Emas Raja-Raja edisi ke-71 yang akan bermula pada hujung bulan November ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular