KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 8 November 2011

Ghaddar Penyerang Terbaru Import Kelantan.

Segalanya terjawab.

Penyerang import dari Lebanon, Mohamad Ghaddar akhirnya sah menyertai Kelantan dengan kontrak dua tahun untuk saingan Liga Malaysia dan Piala AFC pada musim depan.


Perkara ini disahkan sendiri oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dalam satu pengumuman pemain di Kelantan Trade Center (KTC) pagi tadi.

Ghaddar bakal menyertai skuad Kelantan pada 18 November nanti untuk satu pertemuan persahabatan menentang skuad kebangsaan Maldives.



Dalam perkembangan lain, Denny Antwi dan Emmanuel Okine turut diserapkan selaku pemain import pasukan The Red Warriors.

Pihak pengurusan Kelantan nyata berpuas hati dengan prestasi terkini yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemain sepanjang menyertai perlawanan persahabatan dan sesi latihan.

Antwi dan Okine yang berasal dari Ghana bukan sahaja membuktikan kelebihan mereka selaku pemain import malahan dapat bergandingan baik dengan pemain tempatan.

Mereka memberikan impak berkesan, menunjukkan disiplin tinggi semasa sesi pemilihan termasuklah melakukan jaringan sewaktu diturunkan dalam perlawanan persiapan pasukan.

Dengan pengambilan tiga pemain import diatas, pihak KAFA masih meneruskan usaha untuk membawa seorang lagi pemain luar dari Eropah untuk mencukupkan empat pemain seperti yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Asia (AFC).

Setakat ini, rundingan telah dijalankan pihak KAFA dengan Sergio Gonzalez, pemain yang kini beraksi dengan pasukan Liga Sepanyol, Levante.

Jika tiada rintangan dan dia bersetuju untuk menandatangani kontrak jangka panjang maka Sergio akan menyertai Kelantan untuk saingan pada musim depan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular