The Red Warriors Bukan Tandingan.
Skuad Melayu Kelantan nyata bukan tandingan The Red Warriors apabila tumpas 4-0 dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.
Penguasaan penuh Kelantan dibahagian tengah dengan tambahan dua pemain import dipergunakan sepenuhnya barisan depan untuk merencana empat jaringan sepanjang 80 minit masa perlawanan.
Malahan kelalaian barisan pertahanan pasukan Melayu mudah dihukum Ramzul Zahini Adenan seawal minit ke-2 perlawanan selepas kesilapan awal pemain berjersi 20 memberikan laluan kepada penyerang muda Kelantan menyepak masuk menewaskan Shahrizan Ismail.
Bagaimanapun, Melayu Kelantan yang ,mendapat khidmat beberapa pemain berpengalaman bangkit untuk cuba merapatkan kedudukan. Dua percubaan mereka melalui Rosairil Asrul berjaya diselamatkan Mphamad Syazwan pada minit ke-15 dan 18.
Pada minit ke-22, hasil satu serangan balas melalui Nurul Azwan Roya membuka peluang kepada Ramzul melakukan tampanan tetapi sedikit tinggi melewati palang gol.
Tidak lama kemudian, Denny Antwi melepaskan satu rembatan deras dari dalam kotak penalti namun Shahrizan lebih bersedia menepis keluar.
Beberapa minit selepas itu, giliran Zamri Ramli melakukan cubaan dari luar kotak penalti namun dihampakan dengan "super save" Shahrizan Ismail.
Ketika perlawanan memasuki minit akhir separuh masa, Khairul Izuan Rosli tidak mengsia-siakan peluang terhidang dengan melakukan satu tendangan kencang kearah pintu gol untuk menewaskan Shahrizan buat kali kedua.
Babak kedua, Kelantan tidak menunggu lama menambah jaringan selepas hantaran satu dua Mohd Badri Radzi mudah disempurnakan Daudsu Jamaludin kedalam pintu gol pada minit ke-49.
Dua minit kemudian, Denny Antwi menyempurnakan sepakan penalti selepas dia sendiri dikasari Shahrizan didalam kotak untuk gol keempat Kelantan.
Antwi hampir menambah jaringan peribadi pada minit ke-59 namun rembatan kencang dari luar kawasan penalti sedikit melewati palang gol.
Sekali lagi Denny Antwi hampa apabila situasi 1 lawan 1 selepas menerima hantaran dari tengah diselamatkan penjaga gol Melayu Kelantan.
Percubaan terakhir pemain berjersi 21 Melayu Kelantan pada minit akhir menutup tirai perlawanan dengan Kelantan menang tanpa perlu berkerja keras.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan