KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 1 November 2011

Piala Agong 2011 Main Di Kota Bharu.

Perlawanan pembuka tirai Piala Emas Raja-Raja 2011 merebut Piala Agong akan berlangsung di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.


Menurut Pengurus Pasukan, Nudin Awang, perlawanan tersebut bakal dilangsungkan pada 12 November nanti menemukan penyandang juara Piala Emas, Kelantan menentang Perlis selaku penyandang juara Piala Agong.

Kita menetapkan sasaran juara Piala Agong selaras dengan hasrat Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMK), katanya.



Dalam perkembangan berkaitan, pasukan Kelantan masih dalam proses pembentukan dengan 25 pemain bakal dipilih oleh jurulatih pasukan, Afandi Yusof dan pembantu, Tengku Hazman Raja Hassan.

Skuad Kelantan dijangka menyenaraikan lapan pemain berpengalaman diketuai dua pemain Liga Super yang digugurkan iaitu Wan Rohaimi dan Khairan Ezuan.

Selain itu, Che Hishamudin, Hardi Ahmad, Sani Nawi, Rosairil Asrul, Hafizi Awang dan Nik Ahmad Fadhli turut dipanggil untuk memperkuatkan pasukan.

Selebihnya, pemain dari skuad Piala Presiden Kelantan dan beberapa pemain dari Liga Jajahan KAFA.

Pada saingan kali ini, Kelantan turun selaku juara bertahan selepas menjuarai kejohanan lepas hasil kemenangan penentuan sepakan penalti seterusnya menambah koleksi kejuaraan kepada 14 kali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular