KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 8 November 2011

Ringkas: Kelantan Umum Senarai Pemain.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membuat pengumuman rasmi senarai pemain skuad The Red Warriors 2012 di TRW Cafe, Kelantan Trade Center (KTC), pagi tadi.


Pengumuman tersebut dilaksanakan sendiri Presiden, Tan Sri Annuar Musa kepada pihak media disaksikan hampir 1000 penyokong setia pasukan bola sepak Kelantan.

Menurut Annuar, pihak KAFA hanya mengumumkan senarai pemain yang sudah menandatangani kontrak kerana ketika ini masih ada pemain sedang menjalankan rundingan untuk menyertai pasukan Kelantan.



Ini termasuk seorang seorang import dari Eropah dimana kita masih lagi belum memuktamadkan pengambilan pemain ini.

Kita buat pemilihan terperinci kerana kita mahukan pemain terbaik menyertai pasukan selain kita mengarahkan pemain yang dipilih seperti import menandatangani kontrak yang panjang.

Senang bagi pihak KAFA untuk melakukan persiapan rapi jika pemain sanggup menurunkan tandatangan dalam jangka masa lama, jelasnya.

Selain pengumuman pemain, Annuar turut mengesahkan tiga perlawanan persahabatan sempena persiapan pra musim Kelantan yang akan berlangsung di luar Kelantan pada pertengahan November.

Mereka akan melawan skuad kebangsaan Maldives (18 Nov), Balestier Khalsa FC (23 Nov) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) (26 Nov).

Pasukan Kelantan turut akan menjalani latihan persiapan di luar negeri memandangkan keadaan cuaca tidak mengizinkan di sini memaksa KAFA bertindak begitu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular