KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 10 Mei 2011

TRW FM - Kelahiran Sebuah Radio Internet Diiktiraf.




Ado ore oyat ko pengarae radio Online TRW FM nok menyambut hari kelahiran yey pertamo tok lamo lagi selepas melalui banyok kisoh pahit getir, suko duko, berhabis duit ribu-ribu untuk satu jenama diiktiraf Malaysia Book Of Record.

Sijil MBOR.
Pengarae pun tok ingat sangat doh sejaroh kisoh radio ni selepas lamo meninggalkan TRW FM kerano ado sedikit sebanyok masalah teknikal.

Namun, setiap perjalane radio TRW FM takkan terluput dek minda kerano setiap titisan peluh yang mengalir adalah demi mewujudkan satu saluran alternatif untuk memberi info kepada setiap umat yey menyokong pasukan bernamo Red Warriors.

Keratan Akhbar Utusan.
Lagipun, tertubuhnya radio ni hanya berdasarkan perbincange di kedai kopi, buke di hotel mewoh, juga buke di mano-mano tepat yey dilihat ekslusif.

Dengan cetusan idea pihak pengarae dan saudara Big E dari Portal Rasmi The Red Warriors maka hanya dale 2 minggu, pengarae bersamo dengan antara rakan terawal yey terlibat dengan kemunculan TRW FM yakni saudara Ikiey, El Harfe, Bro Sham dan juga Epiebeck bertungkus lumus berlimo merencano satu radio untuk dirasmikan dengan rasminya oleh Menteri Belia dan Sukan dok beraso pengarae. Sapo doh, aloh la. Datuk Shabery Cheek pada tanggal 21 Mei 2010.

Live TRW FM - Kuantan.
Dengan pelancaran rasmi tersebut mako bermulalah satu era baru radio internet Persatuan Bola Sepak Kelantan, TRW FM dengan tagline ' Go More With You ' dimana radio ini beroperasi selamo 24 jam sehari dan semalam bertempat di KB Cyber Plaza, Kota Bharu.

Selepas melalui pahit getir, sekali lagi usaho TRW FM dilihat semakin berbaloi bila mana pihak KAFA dengan usaha dari saudara Annuar Alias menyatakan bahawa radio online ini bakal diiktiraf selaku sebuah radio sukan online internet pertama di Malaysia.

Penyerahan sijil oleh wakil MBOR.
Mako, berkobar-kobarlah semangat paro pencipta pertamo radio untuk bersamo-samo pihak KAFA di malam hari Karnival Red Warriors untuk majlis penyerahan sijil oleh wakil ' Malaysia Book Of Record ', Leona Paul pada 26 Julai 2010.

Kini, penyiarae radio telah hampir setahun, perjalane radio dilihat semakin matang dan perubahan pucuk pimpinan teratas telah membuatkan sebuah momen untuk diterjemahkan kepado satu wadah demi The Red Warriors masih lagi kekal dale lipatan sejarah kebangkitan.

Majlis pelancaran.
Transformasi demi transformasi telah memberi sirna ake perjalane radio.

Diharap dengan kemunculan selamo setahun dale arena penyiaran telah memberi sinar kepado semuo pihak di luar sano mendapatkan maklumat dengan lebih tepat, cepat dan sohih tanpa melalui tapisan mano-mano pihak.

Meeting merencana program TRW FM.
Oleh itu, bagi pengarae disini, walaupun sudah berbulan-bulan meninggalkan TRW FM, kenangan mencipta sebuah radio yey hebat dan terbile membuatkan pengarae tersenyum lebar kerano hasil yeyy diberikan tidok mengecewakan.

Setiap masalah telah berlalu pergi dan ia adalah pengalame hebat buat semua yey berado di belake radio ketika tercetusnya satu keinginan melihat radio internet TRW FM menjadi sebuah saluran yey menghubungkan setiap peminat dan penyokong di luar sano.

Majlis makan tengahari selepas Pelancaran TRW FM.
Akhir kalam, selamat hari ule tahun kepado TRW FM.


Antara Pencetus Kemunculan TRW FM
Wan Muhamad Zul Hikman (Ikiey)
Nor Ermafaiz Izuan (Big E)
Muhamad Muhaimin (Amer El Harfe)
Wan Muhamad Hafiz (Epiebeck)
Hisham Lokman (Bro Sham)
Ahmad Fadhli (Deliey Reds)

Tarikh DiRasmi: 21 Mei 2010

SUMBER REDSFC NEWS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular