Nasib Malang Atau Rasuah.
Dua hari selepas kemenangan keatas Gergasi Merah, saingan Separuh Akhir Pertama Piala FA, terdapat beberapa pihak mula mempersoalkan akan kemenangan besar Sang Kijang dalam perlawanan tersebut..
RedsFC-News tidak mempunyai maklumat tepat jika ada pemain Selangor menjual perlawanan untuk tewas perlawanan itu.
Post S/u SAM di Laman Sosial Facebook. |
Namun, bagaikan ada satu mesej ingin disampaikan oleh Bendahari Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM), Faisal Jamal dengan kekalahan terbesar The Red Giants di arena mereka sendiri.
Pengarang tidak mahu menceritakan akan mesej yang ingin disampaikan Faisal, cuma mengajak para penyokong bola sepak Negara untuk berdiskusi sama ada negara kita masih dibelenggu gejala jual beli perlawanan atau kekalahan yang menimpa adalah disebabkan nasib malang sahaja.
Arena bola sepak Malaysia tidak asing dengan perkara ini kerana pada era 90-an, negara kita pernah digemparkan dengan pendedahan menyeluruh gejala rasuah.
Pendedahan itu bukan sahaja melibatkan tentang jual beli perlawanan malah mengakibatkan beberapa pemain digantung seumur hidup dari menyertai sebarang pertandingan di seluruh dunia.
Hal ini menyebabkan liga Malaysia jatuh teruk dan mengambil masa lama untuk kembali meningkat.
Jika benar dakwaan Liga Malaysia ketika ini dicemari unsur rasuah, pihak berkuasa termasuk FAM harus bersama-sama berganding bahu untuk mengambil tindakan segera dengan menangkap dalang sebenar.
Pengkhianatan yang dilakukan tidak boleh dibiarkan berleluasa kerana ia akan menyebabkan barah ini terus membusuk menanahi sukan Kebangsaan.
Kita juga tidak mahu sukan nombor satu rakyat tersebut kembali terperuk di dasar selepas susah payah bangkit dari kesuraman di pentas antarabangsa dan juga dalam negeri.
Isu rasuah kembali menjadi topik utama media massa negara selepas Badan Bola Sepak Dunia (FIFA) mendedahkan bahawa mereka akan bekerjasama dengan Interpool untuk menyiasat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkenaan isu rasuah perlawanan persahabatan Malaysia bertemu Zimbabwe pada 2009.
SUMBER:http://redsfc-news.blogspot.com/
SUMBER:http://redsfc-news.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan