KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 25 Mei 2011

Indra Gegar Kota Bharu, Terengganu Berpesta Di Carta Liga


Rekod 17 perlawanan tanpa kalah Kelantan di laman sendiri lebur, apabila dikejutkan kekalahan pertama di Kota Bharu musim ini, tewas kepada T-Team 1-2, di sebalik beroleh gol penyamaan lewat menerusi Nurul Azwan Roya.

Dan pemusnah harapan Kelantan untuk sekurang-kurangnya mengutip 1 mata, tidak lain tidak bukan bekas kapten Kelantan sendiri, Indra Putra Mahyudin.

Kekalahan ini juga kekalahan kedua kepada pasukan sama musim ini sekaligus melepaskan kedudukan pendahulu kepada Terengganu yang menewaskan Pahang 5-0, di Kuala Terengganu, menerusi hatrik Abdul Hadi Yahya, serta satu gol Manaf Mamat dan Ashaari Shamsudin.

Kekalahan Kelantan di hadapan 30 ribu penyokong setia mereka, kini memberi kelebihan 3 mata buat Terengganu di tangga teratas, dengan hanya baki 4 perlawanan untuk diharungi selepas ini.

Terengganu juga kini memiliki kelebihan jaringan 2 gol berbanding Kelantan (27-25), dan ini mungkin menjadi penentu andai kedudukan mata terikat di penghujung musim.

Selangor pula, tewas buat kali ketiga berturut-turut, kali ini kepada Harimau Muda, 1-2 hasil jaringan Izzaq Faris Ramlan dan Syarul Azwari, meskipun cuba mengejar menerusi gol sepakan percuma cantik Safiq Rahim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular