KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 30 Mei 2011

Rasuah Bola Sepak
Pihak Berkuasa Harus Ambil Tindakan Segera.



Liga Malaysia gempar dengan berita kembalinya isu rasuah dan gejala ini nyata mengejutkan ramai pihak di sebalik kehangatan bola sepak Kebangsaan yang mula mendapat perhatian dari dalam dan luar negara.

Belum reda dengan kehadiran pegawai FIFA dan Polis Antarabangsa berkenaan isu rasuah perlawanan peringkat antarabangsa Malaysia dan Zimbabwe, arena kita terus digegarkan dengan laporan polis Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan keatas kelakuan pemain dan pihak pengurusan skuad Simpanan Hobin Jang Hobin.

Laporan tersebut nyata membuka kembali mata bahawa Bola Sepak Negara masih belum bebas sepenuhnya dengan gejala mengatur perlawanan.

Walaupun hanya skuad Piala Presiden Negeri Sembilan, ia tidak bermakna skuad senior mereka dan semua pasukan yang bermain dalam kejohanan utama anjuran FAM bebas dari masalah menerima wang untuk menjual perlawanan.

Ditekankan disini, satu badan bebas dari pihak Persatuan Bola Sepak Kebangsaan (FAM) dan pihak berkuasa harus ditubuhkan dengan segera untuk mencari dalang kepada berlakunya gejala yang pernah menjatuhkan mutu bola sepak ke tahap paling bawah.

Sudah banyak dilaporkan dan desas desus dari pihak di luar sana terdapatnya pemain dan pegawai menerima suapan untuk mengubah keputusan perlawanan.

Kita tidak mahu kebangkitan bola sepak di Malaysia hanya bersifat sementara kerana sikap tamak dan mementingkan wang segelintir pihak.

Pengarang yakin, suatu hari nanti andai tidak ada tindakan serius dari semua pihak untuk menangani gejala ini, sukan bola sepak kita bakal kembali seperti zaman kejatuhan seperti dahulu.

Merudum jatuh dan mengambil masa lama untuk kembali naik keatas.

Tepuk dada tanya hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular