Red Warriors Belasah Gergasi Merah.
The Red Warriors bagaikan sudah sebelah kaki di pentas final Piala FA 2011 setelah membelasah Selangor 5-1 dalam saingan separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Siapa sangka, skuad yang dikritik hebat sejak akhir-akhir ini mempamerkan persembahan bergaya untuk menumbangkan tuan rumah dengan jaringan besar.
Lebih manis, kejayaan yang diraih berlaku dihadapan puluhan ribu penyokong setia yang bertandang.
Rentak kejayaan Kelantan bermula seawal minit ke-10 selepas Ramzul Zahini Adnan bijak memanfaatkan kesilapan penjaga gol Selangor gagal menangkap kemas cubaan Norshahrul sebelum melepaskan satu sepakan padu untuk jaringan pertama.
Norshahrul Idlan Talaha terus menjadi pencetus kepada jaringan gol apabila melakukan satu lorongan cantik kepada Ramzul Zahini untuk jaringan kedua peribadi dan gol kedua Kelantan pada minit ke-40.
Selang tiga minit kemudian, Mohd Badri Radzi pula mencatatkan nama selaku penjaring selepas menyambung masuk kedalam gawang terbuka hasil hantaran Nurul Azwan Roya.
Bersambung babak kedua, Kelantan dan Selangor masing-masing berbalas serangan kearah pintu gol masing-masing.
Nasib nyata menyebelahi Sang Kijang setelah Nurul Azwan Roya yang tidak dikawal melakukan satu sepakan kencang didalam kotak penalti menewaskan sekali lagi Saiful Amar Sudar untuk gol keempat pada minit ke-67.
Pesta pasukan pelawat berterusan pada minit ke-71 setelah Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol kelima buat Kelantan hasil gerakan satu dua bersama dengan Khalid Jamlus.
Memasuki minit terakhir perlawanan, Mohd Amri Yah-Yah menjaringkan gol saguhati buat Selangor selepas rembatan dari jarak 20 meter terus menerjah jaring menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan