KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 25 Mei 2011

Prebiu Perlawanan
Kelantan mln T-Team


Pertemuan penting Kelantan dan T-Team dalam saingan Liga Super 2011 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Kelantan memerlukan tiga mata bagi meneruskan kesinambungan penguasaan selaku pendahulu Liga Super manakala T-Team mahu meneruskan catitan kemenangan selepas menerima kritkan hebat ekoran kegagalan mengekalkan konsistensi.

Untuk rekod sepanjang tiga tahun terakhir, kedua-dua pasukan mencatatkan pertembungan seimbang dengan masing-masing memperoleh dua kemenangan, sekali kalah dan dua perlawanan seri. Bagi tahun 2011, Kelantan menang dalam perlawanan pusingan awal Piala FA manakala T-Team membalas kekalahan saingan piala dalam perlawanan liga.

Jangkaan para pengkritik terhadap perlawanan kedua-dua pasukan, pertembungan sengit akan dipertunjukkan Kelantan dan T-Team.

Ini kerana, Sang Kijang dan Young Turtle masih segar dengan isu kontroversi perpindahan pemain selain permusuhan yang tercipta sejak awal musim 2011. Bagi T-Team pula, bukan sahaja berkaitan isu pemain, malah kelab berpengkalan di Kuala Terengganu itu mahu membuktikan sesuatu kepada para penyokong mereka selepas menerima amaran keras pihak persatuan, sebelum ini.

Berbekalkan banyak faktor yang menyelubungi, tidak hairan perlawanan ini akan menjadi tumpuan seluruh peminat kedua-dua pasukan selain para penyokong pasukan lain di seluruh negara. Perlawanan ini dijangka mengundang kehadiran ramai penonton ke venue perlawanan.

Formasi dan Taktikal.

Kelantan dijangka menggunakan taktikal menyerang dan bertahan secara pantas seperti yang diterapkan Datuk M. Karathu dalam sesi latihan terakhir, petang kelmarin. Formasi 4-4-1-1 akan digunakan pengendali Sang Kijang tersebut untuk mencari jaringan keatas pasukan lawan.


Bagi T-Team, mereka datang bukan untuk mencari keputusan seri. Yunus Alif pasti akan menggunakan barisan pemain yang dimiliki ketika ini untuk memecah benteng pasukan tuan rumah. Kelebihan mempunyai pemain tengah menyerang akan dipergunakan sepenuhnya untuk mengelirukan barisan pertahanan Kelantan. Taktikal menyerang dijangka akan digunakan T-Team dengan formasi 4-3-3.


Senarai Pemain Jangkaan.


Kelantan.


Selepas tangkas mengawal kubu sehingga memecahkan rekod tanpa bolos Mohd Shahrizan, penjaga gol Kelantan ketika ini, Khairul Fahmi Che Mat terus mendapat kepercayaan pihak kejurulatihan untuk mengawal benteng terakhir. Namun, ura-ura juga kedengaran pemain ini bakal direhatkan dengan Mohd Shahrizan akan mengambil tempatnya di posisi pertama pada perlawanan malam ini.


Benteng pertahanan menyaksikan sedikit perubahan selepas Daudsu Jamaludin tidak dapat bermain ekoran pengantungan satu perlawanan. Tempat pemain ini diambil alih Farisham Ismail manakala bahagian pertahanan tengah mengandingkan Rizal Fahmi dengan S. Subramaniam. Zairul Fitree kekal di posisi pertahanan kiri.


Jentera tengah, kemungkinan Solehin Kanasian akan mendapat kembali tempatnya sayap kiri dalam kesebelasan utama selepas tersisih beberapa perlawanan. Shakir Shaari yang tidak bermain dengan baik ketika seri dengan Harimau Muda turut kekal manakala Badri Radzi selaku pemain terbaik dan harapan Sang Kijang ketika ini seperti kebiasaan akan bermain di kawasan tengah menyerang. Nurul Azwan Roya pula akan terus menggerakkan serangan di kawasan sayap kiri.


S Chanturu dan Norshahrul Idlan terus diberi peranan selaku penyerang selepas membuktikan kepada semua penyokong bahawa mereka merupakan mesin pencetak gol kepada The Red Warriors. Masing-masing mempunyai tugasan untuk merobek gawang T-Team pada perlawanan ini.


Nidzad Ayub, Ramzul, Danial, Aziz Ismail, Wan Rohaimi kekal selaku pemain simpanan untuk perlawanan pada malam ini.


T-Team.


Pihak lawan hadir dengan semangat peteh Ganu Peteh untuk mengejutkan pasukan tuan rumah. Namun, mereka terpaksa melupakan khidmat penjaga gol utama yang mengalami kecederaan. Dijangka, Mohd Zairi Hafizie bakal memulakan tempat selaku penjaga gol utama dengan Ismail Abdul Rahman diletakkan selaku penjaga gol gantian.


Benteng pertahanan pelawat pada malam ini kemungkinan diterajui dua bekas pemain Kelantan, Shahrul Ezrain dan Azizi Mat Rose. Pemain berpengalaman, Rosdi Talib turun selaku ketua pasukan manakala satu tempat lagi mungkin menjadi rebutan antara Norfazly Alias, Hasbullah Awang dan Subri Sulong. Tugas berat menanti pemain di kawasan benteng kerana mereka perlu menghadapi tekanan dari Kelantan yang dilihat cenderung melakukan asakan dari segenap sudut bila bermain di gelanggang sendiri.


Posisi tengah, T-Team mempunyai senarai pemain terbaik di kawasan ini namun walaupun berjaya menjaringkan gol dalam banyak perlawanan, mereka tetap tidak mampu mengungguli lima kawasan terbaik. DIjangka, Indra dan Norfarhan akan turun selaku pemain utama manakala pakar sepakan percuma, Zairo Annuar turut diletakkan dalam kesebelasan pemain. Kamal Rodiarjat kemungkinan akan memulakan tempat di bangku simpanan dengan memberi ruang Tengku Hasbullah untuk masuk selaku pemain utama.


Jentera serangan T-Team pula mempertaruhkan Haris Safwan Kamal selaku ketua pengempur kubu. Walaupun gagal menemui sentuhan dalam kebanyakan perlawanan Liga, Haris Safwan masih diletakkan selaku pemain berbisa yang mampu meletakkan bola kedalam jaring andai kesilapan mudah dilakukan pertahanan lawan. Rakan gandingan pemain ini kemungkinan diberi kepada Khairul Izwan Khalid. Penyerang muda berasal dari Kelantan, Saufi Saadi tidak disenaraikan dalam 11 pemain utama manakala pemain simpanan lain terus memanaskan bangku simpanan.


Penyokong


Kehadiran kembali tiga nama lagenda ke Kota Bharu menggamit kehadiran puluhan ribu penyokong setia The Red Warriors. Dimomokkan dengan "pengkhianatan besar" tiga pemain ini, rata-rata penyokong begitu taksub untuk mempersalahkan pemergian mereka kepada pasukan lawan. Dijangka sambutan tidak begitu baik akan diberikan kepada pasukan lawan kerana mereka masih "panas" dengan isu yang sekian lama dilihat belum selesai.

Jangkaan Keputusan
Kelantan 2-1 T-Team FC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular