KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 11 Mei 2011

Kelantan di nodai?

Kelantan terpaksa berputih mata apabila sekadar seri 0-0 dengan Negeri Sembilan semalam.Perlawanan tersebut ternyata menjadi bualan hangat penyokong-penyokong The Red Warriors kerana peluang untuk Kelantan mengutip tiga mata dinafikan oleh dua orang penjaga garisan dari wisma FAM.


Banyak kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh penjaga garisan tersebut antaranya bola lambungan NorShahrul dari sebelah kanan pintu gol Negeri Sembilan dikatakan sudah melepasi garisan tetapi ketika NorShahrul menyepak bola tersebut bola belum melintasi garisan.

Apa yang paling mengejutkan penyokong-penyokong Kelantan adalah jaringan S.Chanturu tidak dikira dan beliau dikatakan berada pada kedudukan offsaid sedangkan ketika itu dibelakang beliau adanya pertahanan Negeri Sembilan Aidil dan ketika bola dilorongkan kedudukan S.Chanturu tidak offsaid.

Penyokong-penyokong serta pemerhati bolasepak tertanya-tanya dari mana FAM mendapat pengadil serta penjaga garisan pada perlawanan semalam.Perlawanan semalam bukanlah pertunjukan sarkas tetapi melibatkan perlawanan penting kerana Kelantan sedang bersaing hebat dengan Selangor untuk merebut kejuaraan Liga Super.

Jika inilah barisan pengadil serta penjaga garisan yang FAM ada tahap liga negara kita tidak akan meningkat kerana masalah mutu pengadilan yang boleh menjejaskan 'mood' pemain kerana keputusan yang diambil selalunya tidak tepat.

Kepada penjaga garisan tersebut anda dipertanggunjawab jika Kelantan gagal menjuarai Liga Super jika hanya dibezakan satu @ dua mata sahaja berbanding Selangor!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular