Hambar dan Mengecewakan.
Itulah yang dapat disimpulkan dalam perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala FA diantara Kelantan menentang Selangor di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.
Walaupun Kelantan mendahului dengan kelebihan agregat besar namun persembahan yang ditampilkan nyata mengecewakan sebilangan penyokong yang hadir.
Dengan penyudahan tumpul serta kegagalan menguasai perlawanan dengan sepenuhnya nyata membuatkan penyokong setia mengeluh panjang.
Hakikat ini tidak dapat diubah bahawa pemain Kelantan terus gagal untuk mempersembahkan satu corak menarik seperti mana perlawanan pertama di Shah Alam, beberapa hari lalu.
Kehadiran berpuluh ribu penyokong dalam dan luar stadium untuk melihat Sang Kijang mencatatkan kemenangan menyeluruh bagaikan tidak berbaloi dengan jumlah wang yang dikeluarkan.
Benar Kelantan sudah sebelah kaki ke perlawanan akhir.
Mereka seharusnya mempamerkan persembahan lebih dari ini kerana perlawanan ini bukan sahaja disaksikan di Kelantan malah di seluruh negeri.
Jika permainan begini terus dipertontonkan kepada penyokong, tidak mustahil pada satu hari nanti stadium tidak dipenuhi orang ramai yang muak dengan corak hambar serta tidak memberikan kehangatan kepada mereka yang bertandang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan