Lengkap, sempurna!
PENDAHULU Liga Super Kelantan kini dianggap meniti tahap membanggakan selepas kembali ke persada liga hasil kemampuan mencuri tiga mata penuh di gelanggang lawan apabila menundukkan FELDA United 3-1 kelmarin.
Sambil menyaksikan perlawanan dari bangku penonton di Stadium KLFA Cheras kelmarin, bekas pengendali The Red Warriors, B Sathianathan itu menyifatkan setiap pemain memberi sumbangan besar dan bersungguh-sungguh mahu menguasai semula takhta liga daripada Selangor.
“Boleh dikatakan, Kelantan kini pasukan yang lengkap dan sempurna dalam setiap aspek termasuk dalam melahirkan pemain muda bermutu, yang dilihat berupaya memikul sebarang tanggungjawab yang diberikan, jurulatih,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sathia yang bertanggungjawab membimbing skuad negeri itu menjulang Piala Malaysia musim lalu menegaskan, pemain kini harus fokus memastikan kemenangan dalam baki perlawanan untuk terus berada di persada dan tidak mampu digugat pencabar terdekat, Selangor dan Terengganu.
Berbekal moral kejayaan ke final Piala FA, dia berkata, momentum itu harus diteruskan untuk memastikan Kelantan menjulang trofi kedua musim ini, selepas membawa pulang trofi sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah ke Kota Bharu, Januari lalu.
“Saya berharap pemain dapat kekalkan stamina kerana masa rehat agak singkat berselang setiap perlawanan tetapi saya tetap yakin, pemain tidak mudah mengalah terutama setiap kali bermain di Stadium Sultan Muhammad IV,”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan