KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 27 Mei 2011

President Warriors Teruskan Rentak.


President Warriors meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Perak 2-1 di Stadium Ipoh, petang tadi.

Permulaan babak pertama menunjukkan kesungguhan pemain muda Sang Kijang untuk mencatatkan kemenangan selepas menjaringkan gol 48 saat selepas perlawanan dimulakan melalui Mohd Izuan Rosli selepas memanfaatkan kesilapan penjaga gol tuan rumah gagal menangkap kemas percubaan awal pemain Kelantan.

President Warriors semakin mengukuhkan kedudukan pada minit ke-35 selepas penjaga gol Seladang sekali lagi gagal menangkap kemas bola cubaan pemain Kelantan untuk memberi peluang kepada Manaf Mansor meletakkan bola kedalam jaring.

Selesa dengan kelebihan dua gol, pemain Sang Kijang mula mengendurkan asakan untuk bertahan namun Perak mengambil kesempatan untuk merapatkan jurang melalui jaringan pada minit ke-45.

Pada babak kedua, Perak terus mengandakan serangan untuk mendapatkan jaringan namun benteng pertahanan Kelantan kekal bertahan untuk mengekalkan keputusan.

Selepas berhempas pulas, Sang Kijang akhirnya berjaya mempertahankan pintu gol mereka untuk mengutip tiga lagi mata.

Dengan kemenangan tersebut, President Warriors kekal di tangga teratas kumpulan A selepas pencabar terdekat, Sabah dikejutkan Johor FC 4-0 di Pasir Gudang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular